Bacalah Al-Quran Walaupun Tak Faham. Inilah Sebabnya

Al-Quran adalah antara banyak-banyak tanda rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita. Tanpa Al-Quran jiwa kita akan rasa kosong.

Sangat banyak kelebihan yang kita perolehi dengan membaca Al-Quran.

Namun, apabila kita ditanya kadangkala kelu nak menjawabnya. Betul?

belajar alquran untuk dewasa

Kami yakin kisah ini boleh menjadi motivasi untuk kita menjadikan Al-Quran sebagai bacaan wajib kita setiap hari.

Kisah Lelaki Tua Dan Cucunya

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang dengan cucunya.

Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat juga meniru perbuatan datuknya itu.

Satu hari si cucu bertanya kepada datuknya,

“Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni”.

Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang.

kenapa perlu mengaji alquran

Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”.

Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”.

Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya.

“Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

“Tak ada gunanya” bentak si cucu.

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.

Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung,

“Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya.

Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”

Baca juga: Lelaki ini 45 Tahun Hidup, Baca Bismillah Pun Salah

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian