5 Kesilapan Biasa Pembaca Alquran

Hari-hari kita membaca Alquran kan?

Tapi adakah kita benar-benar yakin bahawa bacaan kita ni benar-benar tepat dan betul? 😉

Ataupun kita hanya syok sendiri sahaja dan acah-acah yakin bahawa bacaan kita tepat?

Disini kami senaraikan 5 kesilapan yang ramai orang lakukan ketika membaca Alquran.

Silakan baca ya! 😀

belajar alquran dewasa
#1. Makhraj dan Sifat Huruf

Makhraj bermakna tempat keluar bagi huruf.

Sifat pula adalah bagaimana penampilan, rupa dan hak sesuatu huruf tersebut.

Bahasa lain bagi sifat adalah ‘attribute’.

Ada huruf yang sama tempat keluarnya tapi sifat berbeza.

Sebagai contoh, Huruf Dal.

Tempat keluar hurufnya adalah hujung lidah ditemukan dengan pangkal gigi depan atas.

Ini berbeza dengan huruf Dhod. Makhrajnya adalah sisi lidah ditekan ke geraham atas (kanan atau kiri)

Nampak macam bunyi lebih kurang sama.. Tapi ada perbezaan antara keduanya.

Huruf Dal ada sifat Qalqalah (detakan) huruf Dhod pula tiada sifat Qolqolah.

 

#2. Panjang Pendek

Apa kesilapan yang dilakukan berkaitan bacaan panjang pendek?

Yang panjang dibaca pendek.
Yang pendek dibaca panjang.

Main ‘belasah’ je baca.. Yang penting berbunyi ye? 😉

Panjang pendek ni melibatkan Harkat.

Apa pula tu Harkat?

Harkat adalah kadar bacaan panjang.

Ada ayat Alquran yang dibaca dengan panjang 2 Harkat.

Ada yang dibaca dengan 6 Harkat. Ada pula yang boleh dibaca panjang 2,3,4 Harkat.

Daripada pengalaman kami dalam penganjuran kelas Celik Huruf dan Celik Tajwid‬,

memang ramai yang pening nak kuasai bab panjang pendek ni sebab jika buka tajwid pun hukum mad ni ada 19 namanya.

Apa huum mad banyak sangat sampai 19 ni?

Ha.. baca di nombor seterusnya.

 

#3. Hukum Mad

Seperti yang kami tuliskan tadi. Hukum mad ni ada 19 nama.

Ada yang belajar teorinya hafal semua nama-nama mad.

Tahu dan boleh terangkan semula apa beza antara nama mad ni.

Tapi sayangnya… apabila baca tetap buat kesilapan sebab cuai dari segi praktikal.

Di bawah ni saya senaraikan 19 nama-nama mad tersebut;

1. Mad Asli
2. Mad Asli Harfi
3. Mad Iwad
4. Mad Badal
5. Mad Silah Qosirah
6. Mad Aridh Lissukun
7. Mad Lin
8. Mad Silah Towilah
9. Mad Jaiz Munfasil
10. Mad Aridh Muttasil
11. Mad Lazim Kalimi Musaqol
12. Mad Lazim Kalimi Mukhoffof
13. Mad Lazim Harfi Musaqol
14. Mad Lazim Harfi Mukhoffof
15. Mad Tab’riah
16. Mad Tamkin
17. Mad Ta’zim
18. Mad Syahibul Badal
19. Mad Faraq

Apa perbezaaan cara baca setiap mad ni?

Boleh bezakan dan baca dengan betul dah?

Alhamdulillah. Tahniah. 🙂

Baca: 5 Hukum Mad Anda wajib kuasai!

belajar mengaji alquran
#4. Bacaan Dengung

Ada potongan ayat alquran dibaca dengan bacaan dengung.
Apa pula tu dengung?

Dengung ialah bunyi yang dikeluarkan daripada hidung dengan kadar 2 harkat.

Ia melibatkan hukum:
1. Idgham Maal Ghunnah
2. Ikhfa Hakiki
3. Iqlab
4. Idgham Mutamasilain

Kesilapan yang dilakukan adalah membunyikan dengung kurang daripada 2 harkat.

Bacaan dengung lain adalah pada huruf Mim dan Nun yang mempunyai syaddah di atasnya.

 

#5. Bacaan Sukun

Bagi kesilapan bacaan tanda sukun ni ia adalah melibatkan huruf Qalqalah.

Cara menyebut Qalqalah adalah dengan ada detakan ataupun lantunan pada huruf-huruf qalqalah apabila ianya bertanda sukun.

Huruf Qalqalah di dalam Alquran ada 5 sahaja iaitu:
1. Huruf Ba.
2. Huruf Jim
3. Huruf Dal
4. Huruf Qof
5. Huruf Tho

Selain daripada 5 huruf di atas ni bukanlah huruf Qalqalah.

Kesilapan yang biasa dilakukan adalah mempunyikan huruf yang bukan Qalqalah dengan bunyi Qalqalah.

Sebagai contoh:

Huruf Dhod.
Ada pembaca Alquran yang membuat kesilapan dengan membunyikan Huruf Dhod bersukun dengan bunyi qalqalah.

Ini adalah kesilapan yang perlu dielakkan.

belajar mengaji alquran dewasa

Kesimpulan.

Teruskan belajar dan perbaiki bacaan dari semasa ke semasa.

Cara terbaik belajar adalah secara Talaqqi Musyafahah.

Apa itu Talaqqi Mushafahah?

Belajar secara berdepan dengan guru.
Pelajar baca guru semak.
Guru baca pelajar ikut.

Adakah salah belajar gunakan Alquran Digital, baca buku tajwid, belajar secara online?

Tak salah pun.. Cuma kami ulang sekali lagi CARA TERBAIK.

Jika Alquran Digital tu boleh direct tegur dan bersuara jika kita buat kesilapan waktu baca, belajar je lah dengan Alquran Digital tu..

Tapi, nanti takut plak kan tetiba Alquran tu boleh bersuara sendiri.. hihi

Baca: Dah beli Alquran Digital pun masih belum boleh mengaji?

 

Rasa bermanfaat post ni? Nak sebarkan manfaat dan dapat pahala free?

Tekan la butang SHARE kat bawah.. Sebarkann..

Moga lebih ramai dapat manfaat.

Sukan dan Al-Quran (2)

Bersukan di dalam Islam adalah dituntut. Walaupun ia tidak ditulis secara terus di dalam Al-Quran untuk umatnya, namun ia dizahirkan melalui Sunnah-sunnah kehidupan harian Rasulullah.

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian

Sudah berusia tapi belum boleh membaca Al-Quran?

Dapatkan eBook percuma sekarang!