Adakah kita yakin bacaan Surah Al-Fatihah kita tepat?
Apakah kesilapan dalam bacaan yang kita ‘terbuat’ tanpa sedar?
—
Surah Al-Fatihah ni penting sangat dibaca betul.
Ye lah… Ianya salah satu rukun bacaan dalam solat.
Jika dibaca salah, takut-takut solat kita jadi tak sah!
—
Di sini kami senaraikan beberapa kesilapan yang selalu dilakukan.
Untuk artikel kali ni, kami huraikan bagi ayat pertama surah Al-Fatihah terlebih dahulu ya.
(boleh baca tenang-tenang.. sambil check bacaan Al-Fatihah sendiri)
.
#1. Sebutan huruf ﺏ berbaris bawah tidak kedengaran.
Apabila membunyikan sebegitu, Seolah-olah kita menyebut “Ismillah…”
Bismillah bermakna – Dengan nama Allah
Ismillah bermakna – Nama Allah
Ada perbezaan makna tu kan?
.
#2. Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan.
Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar).
Ini adalah sebutan yang salah kerana ‘Bismillah’ hendaklah disebut dengan ‘lam tarqiq’ (lam nipis)kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.
.
#3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilahiRahmaan…”
Yang sepatutnya “BismillahiRRahmaan…”.
Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 4 dibawah.
.
#4. Huruf ﺭ tidak disabdukan
Apabila tidak disabdukan sebutannya menjadi “BismilillahirrahmaaniRahiim”, yang sepatutnya “BismillahirrahmaaniRRahiim”
.
#5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan.
Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad ‘Aridh Lissukun.