Ketahui Sejarah Penulisan Rasm Uthmani

Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf Al-Quran yang dipersetujui oleh Saidina Uthman ra untuk menulis kalimah-kalimah Al Quran dan hurufnya.

Ia juga ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm Uthmani dengan mashaf-mashaf Rasm Qiyasi. 

Sebahagian ulama mendefinisikannya sebagai sebarang penulisan yang menyalahi cara penulisan lafaz-lafaz disebabkan ziyadah, hadhf, ibdal dan sebagainya.

Ianya lebih terperinci sebagai satu keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman SaidinaUthman r.a dan diutus ke kota-kota Islam ketika itu.

Kaedah penulisannya pula merangkumi tujuh huruf Al-Quran.

Ditulis tanpa mempunyai titik dan baris.

Serta terdapat dalam semakan terakhir dan tidak dimansuhkan bacaannya. 

Rasm Uthmani ini juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. 

Di samping itu, ia juga dinamakan sebagai Rasm Taufiqi kerana kebanyakan ulama berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Dan bagindalah yang memerintahkan supaya ianya digunakan dalam penulisan Al-Quran pada ketika itu.

Daripada definisi-definisi yang dikemukakan oleh para ulama dapat disimpulkan Rasm Uthmani itu ialah tulisan asal Al Quran.

Al-Quran diwahyukan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW.

Rasm inilah yang digunakan oleh para sahabat untuk menulis ayat-ayat Al-Quran dan dinisbahkan kepada Saidina Uthman.

Beliaulah yang mengarahkan supaya Al-Quran disalin semula kepada beberapa buah mashaf dengan menggunakan rasm tersebut.

Baca juga : Langkah-Langkah Untuk Hafal Al-Quran Dengan Mudah Dan Berkesan

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian