Kisah Nabi Musa Dalam Al-Quran

Nabi Musa a.s. atau nama penuhnya Musa bin Imran adalah daripada keturunan Nabi Yaakub a.s. (putera Nabi Ishaq a.s.).

Baginda hidup pada tahun 1527-1408 sebelum Masehi dan di angkat menjadi nabi pada tahun 1450 sebelum Masihi.

Istimewanya Nabi Musa a.s.

Alquran

1)    Kalimullah

Nabi Musa ‘alaihis salam adalah nabi paling mulia di kalangan Bani Israil.

Baginda digelar ‘Kalimullah ~ orang yang diajak berbicara langsung oleh Allah di dunia ini.

Ini merupakan keistimewaan dan kelebihan yang diberikan Allah kepada Nabi Musa.

Nabi ini mendapat wahyu langsung dari Allah tanpa perantaraan Malaikat Jibril, tidak seperti lazimnya dengan rasul-rasul yang lain. Allah berfirman:

“Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung”

[Surah An-Nisaa ayat 164]

ululazmi

2)    Ulul Azmi

Baginda juga merupakan salah seorang Rasul Ulul Azmi.

Ia adalah gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tinggi/ istimewa kerana ketabahan dan kesabaran mereka yang luar biasa dalam menyebarkan agama.

Hanya lima Rasul yang mendapat gelaran ini.

Rasul lain yang turut menerima gelaran ini adalah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Isa, dan Nabi Muhammad.

“Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh a.s. dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Nabi Muhammad s.a.w.) dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. serta Nabi Isa a.s., iaitu:

Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya.

Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya.

Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu dan memberi hidayat petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).”

[Surah As-Syuraa : 13]

kelas alquran dewasa

3)    Sering di sebut dalam Al-Quran

Nabi Musa a.s. disebutkan sebanyak 136 kali dalam Al-Quran, baik singkat mahupun terperinci dalam banyak surah.

Hampir keseluruhan surah Al-Qasas menceritakan kisah Nabi Musa a.s.

Mendalam sungguh kasih Allah pada rasulNya sejak baginda lahir lagi.

Maka wajarlah kita merenung perjalanan hidup baginda agar mendapat iktibar.

“Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.”

[Surah Taha : 39]

doa-agar-dilancarkan-urusan-dan-ucapan-doa-nabi-musa

4)    Kisah Musa dan Firaun

Kisah Nabi Musa a.s. dan Firaun disebutkan banyak surah dalam Al-Quran.

Ia kisah adab, seorang anak terhadap seorang bapa.

Ianya tentang kisah cara berhadapan dengan pemerintah yang kejam.

Ia tentang kisah kepercayaan terhadap kuasa Illahi yang tiada tolok bandingan.

Allah juga berfirman dalam Surah Taha ayat 44:

“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, Mudah-mudahan ia ingat atau takut”

Inilah yang diajar Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s. iaitu berkata-kata lembut semasa berhadapan dengan Firaun. Ia membawa mesej yang mendalam.

Sebagai manusia, kita perlu menggunakan kata-kata yang lembut ketika memberi nasihat.

Ini diperintahkan Allah kepada Nabi Musa ketika menasihatkan Firaun yang kafir, apatah lagi apabila kita menasihatkan saudara seagama hari ini.

Lain-lain kisah Nabi Musa a.s. adalah sewaktu beliau berguru dengan Nabi Khidir a.s. yang di sebut di dalam Surah Al-Kahfi.

Nabi Musa a.s. wafat pada usia 123 tahun setelah tugas kenabiannya selesai.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian