Kisah Nabi Sulaiman Dan Semut Dalam Al-Quran

Kisah Nabi Sulaiman dan semut merupakan kisah yang sahih. Kisah ini dirakam oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. 

Firman Allah SWT :

حَتَّىٰ إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Maksudnya : “(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”(al-Naml : 18)

Dalam tafsir al-jalalayn, ayat ini bermaksud:

“Apabila mereka sampai di lembah semut iaitu di kota Thaif atau di negeri Syam (yang dimaksud adalah semut-semut kecil dan semut-semut besar).

Telah berkata raja semut ketika melihat bala tentara Nabi Sulaiman:

“Hai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarang kalian, agar kalian tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya sedangkan mereka tidak menyedarinya”.

Semut dianggap sebagai makhluk yang dapat bercakap, namun percakapan ini hanya berlaku sesama mereka sahaja”.

Kesimpulannya, kita juga harus menghormati haiwan berdasarkan istilah “Ihsan” kepada makhluk berdasarkan nas-nas yang disebut oleh Rasulullah SAW dan juga perintah Allah SWT.

Semoga kita sentiasa berlaku baik kepada sesama makhluk.

SUMBER : Mufti Wilayah Persekutuan

Apakah Keistimewaan Al-Quran?

Al-Quran adalah kalam Allah. Sudah tentu banyak keistimewaannya. Terdapat ayat yang menunjukkan keistimewaan Al-Quran. Firman Allah SWT: الر كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian