INSPIRASI: Lelaki Ini Mencipta Kaedah Belajar Alquran Walaupun Cacat Fizikal

Di nusantara, kaedah Iqra adalah antara kaedah belajar Alquran yang paling banyak digunakan.

Namun tahukah anda, pengasas kaedah Iqra sebenarnya adalah seorang yang tidak sempurna fizikal?

Beliau adalah seorang yang cacat fizikal sejak zaman kanak-kanak lagi.

Namun, ia tidak mematahkan semangatnya untuk memberi sumbangan kepada pendidikan Alquran.

Mari kita baca catatan mengenai beliau. Teruskan bacaan anda.

ciri-iqra-celik-alquran

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :

“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala.

Aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.

(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi)

.

Satu huruf. Kita bukan cerita tentang satu surah, tetapi pelajaran di sebalik satu huruf.

Apatah lagi pahala satu ayat, satu juzu’, satu surah, sekali khatam Al-Quran.

Pastinya tidak terhitung pahala yang Allah beri.

celikalqurandotcom-mengaji-alquran-online

Salah seorang insan yang cukup fokus dalam mendidik Al-Quran kepada umat ialah Kyai Haji As’ad bin Humam dari Kotagede Yogyakarta, Indonesia.

Beliau adalah pengasas kepada methodologi pembelajaran kaedah Iqra’.

Antara negara yang menggunakan kaedah ini adalah Indonesia, Malaysia, Brunei dan banyak lagi.

kaedahiqracelikalquran

Kelahiran dengan kecacatan fizikal

KH. As’ad Humam lahir pada tahun 1933.

Beliau merupakan anak kedua daripada tujuh adik-beradik.

KH. As’ad Humam bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi.

Sejak kecil, beliau diserang penyakit Osteoartritis.

https://www.docdoc.com/id/info/condition/osteoarthritis

Osteoartritis adalah penyakit radang sendi yang menyerang seluruh tulang belakangnya.

Ini menyebabkan beliau tidak mampu bergerak bebas dan beribadat dengan baik.

Beliau tidak mampu sujud dan rukuk dengan sempurna.

Kecacatan fizikal ini memerlukan beliau untuk mendapatkan rawatan di Rumah Sakit Bethesda Yogyakarta selama satu tahun setengah.

iqracelikalquran

KH. As’ad Humam berpeluang untuk berguru dengan KH. Dachlan Salim Zarkasyi.

KH. Dachlan Salim Zarkasyi adalah salah seorang alim di Indonesia ketika itu dan pengasas kepada kaedah Qiroati.

Seterusnya dengan inisiatif sendiri beliau telah menganalisa, mengkaji dan menemui beberapa cara baru.

Beliau berusaha memperbaiki dan memudahkan orang dewasa mahupun kanak-kanak untuk mempelajari ilmu Al-Quran.

celikalqurancom-slide1-alquran-macbook2

Idea itu tidak diterima pada awalnya.

Namun ia tidak mematahkan semangat beliau.

Beliau tekad untuk memperjuangkan ilmu yang beliau ada demi memandaikan umat dan rakan seagama.

celikalquran.com-belajar-alquran-kelas-alquranAkhirnya, KH As’ad Humam telah bekerjasama dengan Kumpulan Tadarrus Angkatan Muda Masjid dan Mushalla Yogyakarta.

Mereka menyusun silibus cepat belajar membaca Al-Qur’an yang kini dikenali sebagai kaedah Iqra.

Kaedah Iqra terdiri daripada 6 jilid buku nipis yang mudah dibawa kemana sahaja dan bersifat interaktif.

Buku ini juga sesuai diguna pakai untuk setiap peringkat umur.

Malah, kini kanak-kanak seawal umur 4 dan 5 tahun sudah mula mengenal Al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra ini.

Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.

Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.

(Hadis Riwayat Bukhari)

kelas alquran dewasa

KH. As’ad Humam mengakhiri hayatnya pada umur 63 tahun.

Beliau meninggal dunia di bulan mulia – Bulan Ramadhan pada 2 Februari 1996 di tempat kelahirannya, Kotagede Yogyakarta.

Beliau telah meninggalkan warisan ilmu Al-Quran yang memberi impak yang besar kepada umat Islam dunia.

Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :

“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia,

Sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”.

( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Hari ini, berapa ramai orang sudah mula pandai membaca Al-Quran hanya kerana kaedah Iqra’ yang telah diperjuangkannya suatu masa dahulu.

MasyaAllah, semoga pahala itu terus menjadi saham akhiratnya di hari perhitungan kelak.

membaca-al-quran-di-gadget

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”

(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

Baca lagi: Lelaki ini dulu keliru huruf, balik kelas terus kenal huruf?

Adab Dalam Mengaji Alquran

Al-Quran adalah kitab Suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad untuk dijadikan garisan hidup sehingga ke akhir zaman. Sebelum mula membaca Al-Quran, ada beberapa adab-adab mengaji

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian