Langkah-Langkah Untuk Hafal Al-Quran Dengan Mudah Dan Berkesan

Al-Quran merupakan satu Mukjizat yang diturunkan kepada manusia sebagai panduan kehidupan.

Setiap umat Islam wajib mempelajari dan memahami nilai kebenaran yang terkandung di dalam Al-Quran agar jiwa dan raga disinari cahaya ketaqwaan.

Menghafal Kalamullah ini merupakan amalan yang dapat membimbing jiwa dan fikiran seseorang.

Jika kita menjaga hafalan maka akan menjadi ibadah yang berkekalan.

Setiap bacaan yang kita sebut akan menjalar ke seluruh nadi kita.

Bagaimanapun harus selari dengan keperluan kaedah sistematik yang berkesan.

Sebab itu hafalan kita harus tetap ada di dalam minda sampai bila-bila.

Suka saya kongsikan langkah-langkah untuk menghafal dengan mudah dan berkesan :

1. Pastikan Al-Quran Yang Dipilih Tiada Kesalahan Tajwid, Baris Atau Huruf.

2. Disarankan Untuk Mempunyai Seorang Guru Untuk Memastikan Sebutan Bacaan Anda Tepat.

3.  Bahagikan setiap muka surat itu kepada dua atau tiga bahagian, bergantung mengikut keselesaan menghafal anda.

4. Hafal setiap muka surat itu bahagian demi bahagian disertai dengan seorang guru untuk menyemak bacaan tersebut.

BACA JUGA : 8 Cara Berkesan Untuk Belajar Membaca Al-Quran Dengan Betul

Sebelum anda ikuti langkah-langkah ini, anda kena betulkan tajwid dalam bacaan dulu.

Mudahkan?

Semoga Allah permudahkan segala urusan mulia kita ini. Aamiin.

SUMBER : Klik Sini

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian