Lelaki Ini Dulu Confius Huruf, Balik Kelas Dah Kenal Huruf

Lelaki Ini Dulu Confius Huruf, Balik Kelas Dah Kenal Huruf

Alhamdulillah. Saya rasa bersyukur sangat.

Saya tak sangka dapat juga akhirnya impian saya untuk berjumpa guru yang betul untuk belajar mengenal huruf al-quran dari basic.

Sebelum ni, saya try juga nak mencari, tapi tidak ada yang serasi.

kelas-belajar-alquran-online
Saya selesa dengan gaya penyampaian yang diajar oleh ustaz dalam program Celik Al-Quran.

Nama saya Khaidir, umur saya 40 tahun dan tinggal di Rawang. .

Orang kata, kalau dah sampai umur 40 kita tak berubah sampai ke sudah lah macam tu.

Saya takut saya terlepas peluang untuk berubah yang Allah ilhamkan pada saya.

Saya pernah terfikir, sampai bila nak macam ni, duit boleh cari, kerjaya boleh dibina.

Tetapi ilmu alquran ni lah yang akan menjadi penyuluh kehidupan kita di ‘negeri’ yang kekal abadi.

Jika saya tak start sekarang, bila lagi nak tunggu?

Semakin tua nanti, mungkin saya semakin sukar nak ingat.

The best time, nak berubah adalah sekarang!
belajar-alquran-dewasa
Sebenarnya, sejak umur saya 35 tahun lagi, saya dah cuba cari guru, tapi entah lah mungkin masa tu belum betul-betul lagi kemahuan dan azam untuk berubah tu kuat.

Turning point nya adalah pada penghujung disember 2015, tapi tahun lepas saya menjaga ibu yang kurang sihat, saya tetap berazam 2016 saya MESTI juga masuk kelas.

belajar-alquran-untuk-dewasa-mudah

Sebelum ni, ayat-ayat dalam quran saya just hafal sahaja, bila ditunjuk depan mata saya konfius dan tidak berapa kenal dengan huruf secara detail.

Saya teringin sangat nak join tadarus bulan puasa dengan geng-geng taman saya, tapi saya malu. 🙁

Lalu saya hanya pendamkan dalam hati sahaja.

Anak saya yang sulung berusia 14 tahun, dia bolehlah ajar saya sikit – sikit.

Tapi untuk memberi kefahaman yang jitu, saya rasa kena cari juga guru yang betul-betul boleh ajar.

Saya yakin, jika kita betul – betul nak berubah, pasti ALLAH akan bantu untuk memberikan kuncinya.

celikalqurancom-belajar-alquran-online-rumah

Alhamdulilah, pada 17 April 2016 yang lalu bertempat di Cyberjaya, saya telah dapat hadir ke kelas Celik Huruf.

Ini adalah tapak pertama untuk mendalami ilmu al-quran dengan lebih mendalam.

Kelas ni best, satu hari suntuk dari jam 9 pagi – 6 petang.

Ustaz memberikan cara express untuk bermula daripada betul-betul-betul zero. Memang sangat basic.

Yang paling best, semua yang ada dalam kelas ni, semua macam saya juga, bermula kosong.

Jadi takderlah digelakkan. 😀

celikalqurandotcom-belajar-alquran-dewasa

Lagipun, ustaz juga faham peserta yang hadir dan ustaz juga tidak merendah2kan keupayaan kami.

Masa dalam kelas, dari masa ke semasa, ustaz akan round seorang demi seorang, supaya tidak ada yang tertinggal, ustaz memang pakar dapat ‘detect’ sesiapa yang masih tidak faham, ustaz akan bimbing.

Ustaz terangkan secara detail, bentuk – bentuk huruf, cara sebutan. Nak sebut dekat lidah ker tekak ke, memang detail.

Memang bestlah, ustaz takkan biarkan kami terkapai-kapai.

celikalqurandotcom-belajar-alquran-dewasa-mudah
Saya memang suggest, sesiapa yang sesiapa yang buta huruf quran, saya sangat sarankan untuk join.

Jangan ‘expect‘ guru yang akan datang pada kita, ilmu ni memang kena cari!

Saya duduk di rawang, sanggup datang ke Cyberjaya yang jauhnya lebih kurang 50 km semata-mata untuk hadap guru.

Itu tak best lagi, ada peserta yang terbang dari Sarawak sanggup datang ke sini!

Jangan risau pasal duit dan masa. Ianya adalah PENGORBANAN dalam kita mencari ilmu.

Insya Allah, Allah akan bantu hamba-hambanya yang ikhlas mencari ilmu.

Kan best dah boleh mengaji.. Luangkan masa sehari je.

Daripada awal pagi tak kenal dan confius huruf, selesai kelas dah boleh mula mengenal huruf. Best kan? 😉

Baca juga: 3 Kesilapan Bacaan Dalam Surah Annas yang Kita Buat Tanpa Sedar!

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian