Luangkan Masa Anda 1 Minit Dengan Praktis Sebutan Huruf Hijaiyyah

Sebelum ini kami ada kongsikan tips untuk mengulangkaji mengingat huruf Hijaiyyah hanya 10 minit sahaja sebelum tidur.

Bagi yang terlepas untuk artikel sebelum ini boleh lihat disini: 

Curi Masa 10 Minit Malam Sebelum Tidur Dengan Ulangkaji Celik Huruf

Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan pula apa yang boleh tuan puan manfaatkan 1 minit yang terluang dengan perkara yang berfaedah.

Caranya ialah dengan praktis sebutan huruf hijaiyyah yang tuan puan rasa susah nak sebut.

Contoh huruf yang orang selalu susah nak sebut ialah THA.

Kebanyakkan mereka tak boleh membezakan antara THA dan SA.

Sebutan sebenar untuk huruf THA ialah lidah dikeluarkan sedikit dan letak di gigi atas hadapan.

Manakala untuk menyebut hurun SIN lidah tidak dikeluarkan malah berada di belakang gigi hadapan.

Untuk mengetahui cara praktikal bagaimana menyebut huruf SIN boleh klik disini.

Boleh juga kalau kita praktis sebutan huruf semasa memasak ke, mengemas rumah ke.

Wah! 2 kerja dalam satu masa teruskan.

Tak sia-sia dah 1 minit kita tu dan percayalah kalau kita rajin praktis lama-lama kita dah terbiasa sebut huruf itu.

Nampak macam remeh je apa yang kami katakan ini, tapi percayalah impaknya cukup besar buat tuan puan.

Bila kita pandai membezakan huruf hijaiyyah termasuk sebutannya sekali maka bacaan Al-Quran kita juga akan betul.

Awasa ya, sekiranya kita salah sebut huruf ketika membaca Al-Quran maknanya juga turut salah.

Free je kita dapat dosa. 

Semoga bermanfaat tips ini!

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Panduan

8 Tip Seronok Membaca Al-Quran

Kita semua tahu membaca Al-Quran dapat pahala. Tetapi kadang-kadang kita rasa kurang seronok untuk membacanya. Kadang-kadang timbul rasa malas dan tak bersemangat. Ishh.. Tapi sayanglah

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian