“Maafkan Anakmu.” Si Anak Kecewa Tak Pandai Bacakan Yasin Untuk Mak

Hari ini sudah genap 3 bulan mak dijemput Ilahi. Pemergian mak sedikit sebanyak mengajar aku sesuatu yang berharga.

“Jangan menyesal dikemudian hari.” Itulah nasihat mak yang akan aku ingat sampai bila-bila.

Namaku Ahmad berusia 30 tahun. Aku merupakan anak tunggal untuk mak dan ayahku.

Ayah sudah meninggal dunia ketika aku masih berumur 4 tahun dan aku tak mengerti apa-apa lagi ketika itu.

Kasih Ibu Kepada Anaknya

Jadi aku dibesarkan sendiri oleh mak yang sangat penyabar dan penyayang.

Mak selalu inginkan yang terbaik untuk aku.

Aku pula selalu tak dengar cakap dan ingkar arahan mak sehinggalah umurku menginjak 20 an.

Perkara yang aku paling malas untuk buat ialah pergi ke kelas mengaji dan ada saja alasan yang aku berikan supaya tidak ke kelas mengaji.

Pada suatu hari, bagaikan tidak percaya yang mak jatuh sakit dan hanya terlantar sahaja.

Aku mula panik kerana aku hanya tinggal bersama mak dan tiada adik beradik.

Aku menjaga mak. Suapkan makan, mandikan walhal solat pun mak tidak pernah tinggal.

Paling aku tersentuh, mak sangat rajin membaca Al-Quran walaupun dalam keadaan berbaring.

Aku jadi malu.

Sepanjang hayatku, aku tidak pernah membaca Al-Quran apatah lagi menyentuhnya.

Aku teringin nak cari kelas mengaji khas untuk dewasa sahaja sebab aku malu untuk belajar bersama kanak-kanak.

Apa kata mereka nanti.

Bila aku buka sahaja Al-Quran, aku menangis kerana satu apa pun aku tak tahu melainkan BISMILLAH.

Betullah apa yang mak pernah kata sebelum ini. “jangan menyesal dikemudian hari.”

Mak semakin tenat.

Aku menjemput tetamu ke rumah untuk mengadakan bacaan Yasiin dan memohon doa untuk kesejahteraan mak.

Mak menggenggam tanganku sambil berkata : “Masih ada peluang untuk belajar nak.”

Aku terkedu bercampur sebak.

Sepanjang majlis bacaan Yasiin, sebenarnya aku bukan membaca.

Aku hanya berlakon seolah-oleh baca. Hakikatnya aku tak baca.

Malu dan sedih sangat-sangat.

Mak menghembuskan nafas terakhirnya pada malam majlis bacaan Yasiin itu juga.

Mak mesti inginkan doa daripada anaknya memandangkan anaknya hanya aku.

Selepas pemergian insan tersayang

Aku tekad untuk belajar mengaji.

Aku terjumpa dengan sebuah pusat bimbingan individu iaitu Celik Al-Quran.

Ianya mengajar orang dewasa bermula dari kenal huruf sehingga mahir baca Al-Quran.

Atas usaha diri sendiri tak sampai beberapa bulan aku berhasil membaca Al-Quran.

Aku boleh kenal huruf hanya guna kaedah pembelajaran di Celik Al-Quran.

Yang paling buat aku gembira, kini aku sudah boleh bacakan Yasiin untuk arwah mak dan ayahku.

Aku tekad nak menjadi yang lebih baik lagi dimasa yang akan datang.

“Mak, maafkan anakmu ini.”

-Luahan Ahmad-

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian