Apa Cara Membezakan Makhraj Huruf Dal dan Dzal?

Ramai yang masih keliru dalam membezakan makhraj huruf Dal dan Dzal.

Ini kerana, makhraj kedua-dua huruf ini kedudukannya berdekatan sahaja.

apakah itu membezakan dan mengetahui makhraj huruf

Kami pernah menulis tentang makhraj huruf sebelum ini.

Boleh baca: Apa itu Makhraj Huruf?

***

Antara soalan mengenai makhraj yang paling popular kami terima adalah,

 

Bagaimana ingin menggunakan gambarajah ini?

makhraj huruf setiap satu

Jika tuan puan belajar di dalam kelas Tajwid .

Ataupun merujuk ke mana-mana buku Tajwid, sudah tentu gambarajah di atas ini selalu kita jumpa.

 

Tetapi, adakah kita pandai untuk gunakan gambarajah ini?

 

Dalam post kali ni saya ingin menerangkan mengenai cara membezakan makhraj huruf Dal dan Dzal.

 

Apa perbezaan antara Makhraj Huruf Dal dan Dzal?

 

Sebenarnya tiada perbezaan besar bagi makhraj huruf Dal dan Dzal.
Kedua-duanya makhraj huruf ini terletak di bahagian lidah.

Makhraj Huruf di Lidah

 

Ataupun secara lebih ‘detailnya’ ia terletak di bahagian hujung lidah.

 

 

Makhraj Huruf di Lidah

 

Apabila kita melihat kepada penerangan di gambar, perbezaan bagi makhraj huruf Dal dan Dzal ialah;

  1. Huruf Dal terletak di hujung lidah ditemukan dengan pangkal gigi depan atas
  2. Huruf Dzal terletak di hujung lidah ditemukan dengan hujung gigi depan bahagian atas

 

Apakah pula pangkal gigi depan dan belakang gigi depan?

 

Bagi membantu tuan puan, kami telah lukiskan gambarajah ini.

 

Makhraj Huruf Dalpangkal gigi depan atas

Seperti di gambarajah. Bagi makhraj huruf Dal;

  • Hujung lidah ditemukan dengan pangkal gigi depan atas

 

Makhraj Huruf Dzal

gigi depan atas

Seperti di gambarajah. Bagi makhraj huruf Dzal;

  • Hujung lidah ditemukan dengan hujung gigi depan atas

Tips Membezakan Makhraj Dal dan Dzal

Antara tips yang kami boles berikan adalah;

  1. Cuba mewakafkan bunyi huruf Dal dan Dzal; Letakkan baris atas sebelum kedua dua huruf ini.
  2. Ianya akan berbunyi Add ataupun Adz
  3. Dengarkan sebutan secara berhadapan dengan guru

 

 

***

Mahu belajar secara praktikal tentang makhraj huruf?

 

Sertai Kelas Celik Huruf.
Klik SINI.

 

 

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian