Malunya Bakal Suami Tak Pandai Mengaji!

Malunya kalau bakal suami kita tak pandai mengaji. Apa pandangan mak ayah kita kalau tahu bakal menantu mereka tak pandai mengaji?

Mesti malukan..

Tapi menurut Ustaz Hanafi jika calon suami tak reti mengaji tak mengapa.

Dari sudut rukun sah tak ada masalah.

Cuma bakal tu kena belajar dari masa ke masa untuk memperbaiki bacaan mengaji.

Sama seperti sahabat Rasulullah iaitu Khalid Bin Walid yang tidak pandai mengaji.

Beliau hanya menghafal beberapa surah tertentu sahaja dan kebanyakkan surah hanyalah surah-surah lazim kerana beliau sibuk pergi berdakwah.

Bukan Tanggungjawab Isteri

Kalau isteri tak pandai nak bimbing suami tak mengapa sebab itu bukan tanggungjawab isteri.

Tak berdosa kalau tak ajar suami.

Sebab itu tanggungjawab suami dan suami yang kena belajar sendiri.

Ajak Pasangan Belajar Mengaji

Menurut psikologi, ‘more connection to leave correction’. Nabi berdakwah ikut kaedah itu.

Daripada asyik berdating tengok wayang dan keluar makan apakata pergi daftar kelas mengaji dan belajar mengaji sama-sama.

Kan lagi sweet tu.

Nasihat Untuk Bakal Pengantin

Kalau calon suami tak reti mengaji jangan malu untuk mengaku.

Dan calon isteri perlu sabar.

Kalau tak dapat belajar hari-hari pun tak apa cukuplah seminggu 2 kali.

Kan best nanti dah kahwin dah boleh mengaji dan boleh juga mendidik anak-anak kelak.

Kesimpulannya, seperti yang kita ketahui belajar mengaji adalah fardu ain dan maka itu semua orang perlu mengambil berat perkara ini.

Tidak kira suami atau isteri sepatutnya kedua-duanya harus bekerjasama supaya masjid yang dibina kekal selama-lamanya.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian