16 Masalah Yang Dihadapi Orang Dewasa Untuk Belajar Al-Quran (Bahagian 1)

Apakah masalah biasa yang dihadapi oleh orang dewasa dalam belajar Alquran?

Kami pernah bincangkan dalam channel Telegram Celik Alquran bahawa belajar Alquran itu sangat mudah.

Kali ni kami mahu senaraikan apakah masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh orang dewasa sewaktu ingin mula belajar Alquran.

masalah orang dewasa belajar membaca alquran

#1: Malu sebab bercampur dengan budak-budak di dalam kelas yang sama

Cara berfikir dewasa dan kanak-kanak berbeza.

Jadi cara mengajar kedua-dua tahap umur ini sudah tentu berbeza.

Apabila kelas bercampur kebiasaannya orang dewasa akan hilang keyakinan diri.

Lebih-lebih lagi jika dilayan seperti kanak-kanak!

.

kanak-kanak mengaji

.

#2: Kurang faham dengan apa yang diajar oleh ustaz ustazah dalam kelas

Apabila kelas bercampur dengan kanak-kanak. Nak tanya pun malu tu jadi menebal.

Takut-takut, bila tanya je kanak-kanak lain dalam kelas yang sama pandang semacam je.

Akhir sekali semua persoalan tu diperam sahaja.

Soalan tak ditanya. Jawapan tak dapat.

Maka tiada improvement dalam belajar Alquran.

.

belajar alquran untuk dewasa

.

#3: Tidak belajar berdepan guru

Apabila malu, beli Alquran digital ataupun Alquran rumanis.

Tapi, malangnya tidak belajar secara berguru ataupun berhadapan dengan guru.

Belajar melalui buku semata-mata tanpa guru tidak sama hasilnya apabila belajar berguru.

Apabila ada guru yang sedia membetulkan dan menyemak bacaan kan lagi bagus?

Yang silap boleh diperbaiki. Yang salah boleh diperbetulkan.

.

#4: Masuk kelas yang salah!

Ini sebenarnya adalah masalah yang paling banyak berlaku.

Sangat penting untuk betul-betul ketahui diri kita berada di skala bacaan Alquran.

Apa itu skala bacaan Alquran?
Kami ada rakamkan video penerangannya.

Penting untuk masuk ke kelas yang betul sewaktu ingin mula belajar!

.

#5: Rasa nak cepat mahir baca Al Quran. Tak sabar

Ini pun suatu masalah juga.

Untuk kenal huruf mungkin ambil masa beberapa jam sahaja.

Untuk kenal dan faham cara bacaan bertajwid mungkin ambil masa 1 hari.

Tapi, untuk betul-betul mahir dengan kelancaran yang baik perlukan masa dan tempoh pembelajaran yang berterusan.

Sedangkan Alquran pun diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur.

Maka, sabar dan tetap istiqamahlah dalam tempoh pembelajaran. Usah berputus asa!

 .

#6: Mahu belajar daripada kosong

Sewaktu kami mula-mula mengadakan kelas Celik Alquran dewasa, kami sangat terkejut dengan data yang diperolehi.

Lebih 60% daripada golongan dewasa yang ingin belajar mahu bermula daripada kosong.

Bermula daripada mengenal huruf.

Tapi, itu adalah hakikat yang perlu diakui.

Dan seperti yang diterangkan pada poin no 4.

Perlu betul-betul kenalpasti kategori tahap diri dan apakah yang diajar dalam kelas supaya tidak berasa ketinggalan.

.

belajar alquran dewasa

.

#7: Rasa takut disebabkan guru yang mengajar garang

Ini pun satu masalah juga.

Sebenarnya bukan senang untuk orang dewasa membuka hati dan membuang malu untuk mula belajar membaca Alquran.

Tambahan pula jika seseorang itu memang betul-betul mahu bermula.

Langsung tak kenal huruf. Langsung tak pernah baca dengan betul. Sebelum ni baca ikut-ikutan sahaja.

Hafal baca ikut sedap mulut atau baca secara miming sahaja.

Dan.. apabila terbuka hati untuk betul-betul belajar.

Berjumpa dengan guru yang garang pula. Nak mengaji rasa takut. Nak baca rasa seram sejuk sebab takut kena tegur. Takut dimarahi.

Tapi, sepatutnya ini bukanlah dijadikan sebagai alasan utama.

Baca sambungan: 16 Masalah yang di hadapi orang dewasa belajar Alquran (Bahagian 2)

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian