Mendekati Al-Quran Kaedah Teknologi Moden

Di era kemodenan ini, manusia dan teknologi adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.

Pembangunan teknologi yang pesat memudahkan manusia menguruskan kehidupan mereka.

Hubungan manusia dan teknologi ada hampir di setiap aktiviti harian termasuklah membaca Al-Quran.

Kini, untuk membaca Al-Quran di mana jua menjadi mudah.

Seiringan dengan teknologi dan keperluan umat Islam seantero dunia, kitab ini sudah disediakan dalam bentuk produk digital dan aplikasi perisian.

Keduanya, ada yang percuma dan ada yang berbayar. Pengguna boleh pilih mengikut keperluan masing.

Malah ada produk yang siap dengar tafsir dan doa-doa pilihan. Semua hanya di hujung jari anda, tinggal diri sendiri mahu membaca Al-Quran atau tidak.

 

Kelebihan orang yang sentiasa mengalunkan ayat-ayat suci ini, sebagai mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Fathir ayat 29-30:

 

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.”

 

Berikut adalah antara pilihan-pilihan yang ada dipasaran:

 

alq6

 

  1. Al Quran Digital

 

Al-Quran Digital dilengkapi dengan pen digital yang boleh mengeluarkan alunan kalimah Allah apabila pen disentuh kepada mushaf ini.

Mushaf Al-Quran ini direka khas, supaya secara automatik suara rakaman akan keluar pada ayat yang ditunjukkan oleh pen digitalnya.

Ia merupakan media terbaik untuk pembelajaran kitab ini kepada mereka yang malu tapi mahu.

Bacaan Al-Quran dapat didengari dan tajwidnya diperhati. Untuk kelancaran membaca, boleh diulang berkali-kali.

 

Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Seorang yang lancar membaca Al Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan senantiasa selalu taat kepada Allah, adapun yang membaca Al Quran dan merangkak-rangkak di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut maka baginya dua pahala” (HR. Muslim).

 

Oleh itu, disarankan isi rumah memilikinya dan antara hadiah yang boleh disumbangkan kepada sekolah, masjid mahupun madrasah. Sesuai digunakan untuk pelbagai lapisan umur.

 

hphone3

 

2. Aplikasi Perisian Al-Quran

 

Ini sudah tidak dapat dikira dengan jari banyaknya.

Usah hairan, umat Islam di dunia kini mencecah 1.6 billion.

Wujudnya mereka di banyak negara, demikian jugalah perisian ini ada dalam pelbagai bahasa.

Ada yang berbayar dan masih banyak yang menawarkannya percuma.

Ada beberapa perisian turut menawarkan tajwidnya, tafsir (ada pilihan bahasa), azan solat, wirid selepas solat, doa-doa pilihan dan banyak lagi.

 

hphone

 

3. Video Secara Online

 

Baik mahu belajar membaca, mahupun sekadar mendengar, video secara online juga ada untuk semua.

Dengan pengguna telefon bimbit di dunia sahaja sudah meningkat kepada 4.6 billion, maka akses dan trafik ke laman-laman web video juga meningkat.

 

celikalqurancom-slide1-alquran-macbook

 

Pengajian Al-Quran tidak mengenal usia.

Yang berpeluang mempelajarinya dari usia muda selalunya mampu menguasai hafalan surah.

Namun, itu bukanlah alasan untuk golongan dewasa memulakan bacaan diusia senja.

Langkah inilah mendatangkan syafaat di akhirat kelak, sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w. :

 

“Bacalah Al-Qur’an sesungguhnya dia akan datang di hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi yang membacanya” [HR Muslim].

 

Sejuk mata apabila memandang, segelintir anak muda hari ini, sibuk memegang telefon bimbit ke sana sini, yang rupa-rupanya sedang membaca kalimah suci Al-Quran dari telefon peribadi.

Subhanallah Allahu Akhbar, anak muda beginilah yang kita mahukan sebagai pelapis agama suatu hari nanti!

10 Tips Khatam Alquran Ramadhan

Ramadhan tiba lagi. Ramadhan sinonim dengan Alquran. Biasanya pada bulan ini, ramai dikalangan kita bersungguh-sungguh untuk khatamkan Alquran sekurang-kurangnya sekali. Kami kongsikan tips supaya sempat

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian

Sudah berusia tapi belum boleh membaca Al-Quran?

Dapatkan eBook percuma sekarang!