Mengaji Challenge: Test Skill Mengaji Pasangan Anda Dengan Challenge Ini

5 cabaran untuk si dia dan belajar mengaji. Jom !

Si dia kata, “Nak jadi pasangan saya, kena pandai baca Al-Quran dulu”. 

“Kalau tak, macam mana nak didik anak-anak kita nanti”? 

Nah … Rasa tercabar kan? 

Jom sahut cabaran si dia dan buktikan kita pandai mengaji.

Bukan susah pun cabaran ni. Kita dah biasa dengan tulisan jawi dan huruf jawi.

Boleh je baca Al-Quran.

Cuma nak kena betulkan mana yang tak betul dan kasi polish mana yang dah berkarat kan?

Mudah je.

Pastinya setiap pasangan mengimpikan keluarga yang sakinah dan bahagia.

Dan tentunya kita mengharapkan anak-anak yang soleh dan solehah.

 Jadi, tak mustahil, ada pasangan yang buat cabaran atau “challenge” kepada si dia. 

Bukan sebab nak malukan dia, tapi demi rasa cinta dan kasih, demi untuk akhirat dan Jannah maka berbaloi untuk kita cabar pasangan. 

Semua orang impikan Syurga dan berharap kita bertemu semula di Syurga kan? 

AlQuranlah bakal penyemalat kita disana kelak.

Untuk pastikan si dia melaksanakan cabaran atau challenge ini dengan betul dan jayanya, 

kami kongsikan langkah-langkah cabaran yang perlu diikuti.

Insha-Allah,

sekiranya si dia tamat mengikuti 5 langkah ini, anda sudah memiliki pasangan yang Celik Al-Quran.

Cabaran Pertama

Minta pasangan anda daftar kelas di Celik Al-Quran melalui website www.celikalquran.com 

Boleh pilih secara online atau offline. Minta dia tunjukkan bukti dia dah daftar tau. 

Cabaran Kedua

Anda juga daftar kelas yang sama sebagai tanda sokongan anda pada pasangan. 

Barulah sehati sejiwa kan? 

Haaa… sebenarnya anda nak intip kalau pasangan anda datang kelas atau tidak. 

Atau anda boleh ajak dia datang sama-sama. 

Cabaran Ketiga

Kelas mengaji ni ada program-program dia. 

Lepas lulus program 1, baru boleh sambung program 2.

Kemudian program 3 dan seterusnya. 

Jadi, boleh bersaing dengan si dia tengok siapa yang ke program seterusnya dulu. 

Kalau dulu-dulu, orang panggil naik kelas. 

Siapa lambat naik, kena belanja kopi sedap !

Cabaran Keempat

Dah masuk cabaran keempat ni, mesti dah pandai baca Al-Quran.  

Pada masa ni, boleh buat cabaran siapa khatam dulu. 

Siapa lambat habis Al-Quran, kena belanja makan briyani kambing.

 Hehehe..

Jadi, pada masa ni , masing-masing akan berusaha untuk habiskan Al-Quran dengan cepat sebab nak tengok siapa yang dapat makan briyani kambing free.

Cabaran Kelima

Ini cabaran yang paling seronok dan best! 

Boleh buat majlis khatam Al-Quran masa majlis kahwin nanti.

Pastinya apabila selesai kelima-lima cabaran ni, anda berdua dah fasih mengaji . 

Dan ia akan sentiasa menjadi memori yang terindah dalam meniti kehidupan berdua dan semestinya untuk menuju ke Jannah. 

Inilah antara matlamat ‘till Jannah” atau “road to Jannah”.

Anda juga bakal menjadi idola dan guru kepada anak-anak untuk turut mengaji dalam suasana harmoni di rumah.

Semoga ia juga menjadi panduan kepada mereka untuk terus menyokong dan mendorong orang lain untuk mempelajari Al-Quran.

Kami di Celik Al-Quran yang merupakan akademi kelas mengaji untuk golongan dewasa, sentiasa menyokong mereka yang ingin belajar AlQuran. 

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian