Sudah beli Al-Quran Digital Pun Masih Tak Boleh Mengaji?

Sudah beli Al-Quran Digital Pun Masih Tak Boleh Mengaji?

Soalan daripada pembaca blog Celik Al-Quran.

Saya dah beli pelbagai buku tajwid, Al-Quran digital, pen digital tapi kenapa saya masih belum boleh membaca Al-Quran bertajwid?

alquran digital

Satu perkara yang kita perlu betul-betul faham:

Cara terbaik untuk belajar Al-Quran adalah secara Talaqqi Mushafahah.

Apakah itu Talaqqi Mushafahah?

Talaqqi dari segi bahasa diambil daripada perkataan liqa iaitu pelajar bersemuka atau berhadapan dengan guru.

Mushafahah pula bermakna dari mulut ke mulut (pelajar belajar Al-Quran dengan memerhati gerak bibir guru untuk mendapatkan sebutan makhraj yang betul)

Secara ringkasnya, Talaqqi Mushafahah melibatkan dua perkara iaitu:

  1. Ianya adalah belajar secara berhadapan dengan guru.
  2. Pelajar baca, guru buat semakan.
  3. Apabila pelajar buat kesalahan dalam bacaan guru boleh terus menegur dan betulkan kesalahan.

Pendekatan pengajaran Al-Quran secara Talaqqi Mushafahah telah diamalkan sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.

Pembacaan Al-Quran telah diwarisi secara penyampaian berhadapan guru dan murid dari mulut ke mulut bagi menepati bacaan yang telah diturunkan kepada baginda Nabi.

Firman Allah:

“Dan sesungguhnya Kamu (Muhammad) telah membaca Al-Quran itu daripada (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui”

(Surah An-Naml, ayat 6)

Itu lah istimewanya belajar secara Talaqqi Mushafahah.

Belajar secara berguru, ada guru yang boleh terus betulkan apabila ada kesilapan dalam bacaan.

belajar alquran

Rasulullah sendiri mengambil bacaan secara berhadapan dengan gurunya.

Hadis Nabi;

Fatimah meriwayatkan sebuah hadith bahawa Rasulullah S.A.W menceritakan kepadanya suatu rahsia yang maksudnya:

“Jibril membaca dan memperdengarkan Al-Quran bersama ku setiap setahun sekali, kemudian dua kali setahun, maka aku dapat merasakan kehadiran ajalku”

(Sahih Bukhari)

Belajar selain Talaqqi Mushafahah

Adakah ini bermakna belajar selain Talaqqi Mushafahah itu kurang bagus?

Perkara yang kita perlu fahami bagi mereka yang baru ingin bermula untuk belajar Al-Quran, usaha untuk belajar Alquran itu satu usaha yang bagus.

Namun, belajar dengan menggunakan Al-Quran Digital, Pen Digital, membeli pelbagai buku tajwid tanpa berguru tidak akan mendapat hasil maksima.

Sebab apa?

Kerana tiada guru yang dapat menegur apabila mereka buat kesilapan.

Asas belajar Al-Quran

Belajar Al-Quran secara asasnya perlu secara berhadapan.

Ada guru, ada murid.

Ini lah yang dinamakan dengan Talaqqi Mushafahah tadi.

—-

Mahu belajar Al-Quran dari Asas?

Mari sertai pelajar Al-Quran dewasa yang lain dalam kelas Celik Huruf.

Klik sini untuk sertai

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian