Mengapa Lafaz Allah Dimadkan 2 Harakat Dalam Al-Quran?

Pasti ada yang terkeliru tentang kadar panjang dua harakat pada lafaz Allah dalam Al-Quran.

Sedangkan tiada ‘alif kecil’ di atas huruf lam dan ianya bukannya huruf mad.

Kenapa kita memanjangkan lafaz الله ketika membaca Al-Quran?

Bacaan kita tidak salah.

Lafzul Jalalah memang dibaca panjang 2 harakat.

Ia adalah Mad Asli.

Cuma kita yang masih kurang jelas alasan ia dibaca demikian.

Ulama tajwid bersepakat untuk tidak meletakkan sebarang petanda mad pada lafaz Allah kerana mereka ingin membezakannya dengan lafaz ‘Al-Laat’ (nama tuhan berhala orang kafir) dalam surah An-Najm ayat 19 :

Lafaz ini hanya wujud pada satu tempat sahaja dalam Al-Quran.

Perbezaan penulisan dilakukan dengan meletakkan ‘alif kecil’ pada ‘Al-Laat’ tetapi tidak meletakkannya pada perkataan ‘Allah’.

Ia bagi mengelakkan kekeliruan yang mungkin timbul pada kedua-dua bacaan.

Sekarang kita fahamkan yang perkataan الله tidak diletakkan tanda ‘alif kecil’ di atas huruf lam walaupun bacaannya dipanjangkan 2 harakat.

Ianya membezakan secara tulisan dengan perkataan ‘Al-Laat’ yang ditandakan ‘alif kecil’ di atas huruf lam.

Boleh baca juga : Bolehkah membaca Ak-Quran dengan melagukan bacaannya?

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian