3 Sebab Utama Orang Tak Minat Nak Belajar Mengaji Secara Online?

Kini orang Malaysia sudah takut nak keluar rumah kalau tiada apa-apa urusan.

Kerana negara kita telah dilanda satu wabak yang sangat dasyat.

Walau bagaimanapun kita sekarang hidup dalam zaman teknologi moden dan semuanya hanyalah dihujung jari.

Tapi bila sebut pasal mengaji, semua orang tak suka nak belajar secara online.

Ada sebab-sebab mereka tersendiri kenapa tak suka nak belajar mengaji secara online ni.

Masalah Internet

Alasan mengapa mereka taknak buat kelas mengaji online ialah kerana mereka sering menghadapi masalah rangkaian internet di rumah.

Jadi amat susah untuk fokus belajar kalau internet tersekat-sekat.

Tapi masih ada penyelesaiannya.

Kita boleh je pasang WIFI di rumah atau keluar sebentar mencari line kalau kita betul-betul nak belajar mengaji.

Nak tahu tak, ada seorang pelajar kami di Celik Al-Quran sanggup keluar ke Pasaraya Tesco untuk mencari line semata-mata untuk belajar mengaji.

Tak Sama Macam Belajar Dalam Class

Selain itu, mereka juga taknak belajar mengaji online sebab mereka bimbang takkan sama macam belajar secara berdepan.

Kita sekarang sudah berada di norma baharu dan online merupakan salah satu platfom yang akan digunakan dalam norma baharu ini.

Semuanya dibuat secara online sama juga macam belajar mengaji online.

Jadi sepanjang musim PKPB ini bolehlah kita belajar mengaji online di rumah sebab kita pun tak tahu sampai bila PKPB habis.

Takkanlah kita nak tunggu je, hmm membazirnya masa.

Tak Suka Belajar Ramai-Ramai

“Tapi saya malu nak belajar online sebab kena belajar ramai-ramai nanti.”

Alasan biasa yang sentiasa didengari.

Nak tahu tak Di Celik Al-Quran apa yang istimewanya ialah kelas mengaji akan dijalankan secara One To One tau.

Dan pelajar lelaki akan belajar bersama Ustaz manakala pelajar wanita bersama Ustazah.

Dah tak perlu nak malu lagi, lepasni kalau ada masalah boleh direct tanya pada ustaz atau ustazah insyaAllah mereka akan membantu.

Jangan takut nak buat baik tau sebab Allah tak marah pun.

Rasa seronok nak belajar di Celik Al-Quran? Ketahui lebih lanjut disini.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian