Mengapa Umat Islam Perlu Belajar Quran dengan Tajwid Yang Betul

Mengapa Umat Islam Perlu Belajar Quran Beserta Tajwid Dengan Betul & Segera.

belajar quran

Seawal mulai mempelajari cara-cara belajar Al-Quran sudah pastinya guru Al-Quran akan mengajar tentang ilmu tajwid. Ilmu tajwid sangat penting dalam membolehkan seorang dalam membaca Al-Quran dengan cara yang betul dan baik.

Malah, hukum membaca Al Quran dengan bertajwid adalah wajib bagi suatu Muslim. Dalam erti kata lain, mereka yang membaca Al-Quran dengan salah atau tanpa tajwid yang betul adalah haram hukumnya sementara mencacatkannya adalah suatu dosa. Kesalahan dalam bacaan bagi pembaca Al-Quran terbahagi kepada dua.

  1. Kesalahan nyata

Kesalahan nyata bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur perkataan sama ada kesalahan itu mencacatkan makna perkataan atau tidak. Kesalahan tersebut terdiri daripada kesalahan yang dapat disedari dengan nyata dan terang-terangan. Ia dapat disedari oleh semua orang tak kira orang biasa ataupun mereka yang mahir dengan hukum tajwid.

Contohnya seperti mengubah makna perkataan atau kesalahan mengubah huruf. Hukumnya adalah haram mengikut ijma’ ulama’ sama ada disengajakan ataupun tidak. Buat mereka yang tidak mengetahuinya, tiada dosa bagi mereka.

2. Kesalahan Tersembunyi

Kesalah tersembunyi bermaksud kesalahan atau kecacatan yang dilakukan pada sebutan, dimana kesalahan itu menyalahi cara sebutan yang telah ditetapkan bagi sesuatu perkataan atau ayat al Quran. Kesalahan ini hanya disedari oleh orang yang mahir dalam tajwid ataupun para Qurra’ sahaja, dan tidak pada orang awam.

Contohnya seperti meninggalkan izhar,ikhfa’, idgham, iqlab, ghunnah, kadar panjang yang sepatutnya, tafkhim, tahqiq dan sebagainya. Dengan kata lain mengabaikan hukum tajwid dalam pembacaan.

Hukumnya adalah haram dilakukan secara sengaja ataupun mempermudah-mudahkannya. Bagi yang tidak tahu, tiada dosa bagi mereka.

Kepentingan mengetahui hukum tajwid

Seperti yang ramai sedia maklum, Al-Quran mampu menjadi asbab buat mereka yang membacanya di hari akhirat kelak. Al-Quran juga mampu menjadi panduan hidup sekiranya beramal dengannya.

Dalam erti kata lain, adalah amat penting untuk kita sebagai umat Islam untuk terus konsisten membaca Al-Quran sepanjang hidup dalam memperoleh syafaat serta Syurga atas izin Allah S.W.T.

Dalam al Quran Allah swt berfirman maksudnya “ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terang-terangan, mereka mengharapkan perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun , lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya” al Fathir 29-30.

Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk kita membaca Al-Quran dengan cara yang betul iaitu dengan mengetahui hukum tajwid. Pembacaan Al-Quran dengan cara yang betul secara tidak langsung membuatkan seseorang itu akan merasa yakin dengan ketepatan bacaannya. Selain itu tidak merasa ragu dengan apa jua bentuk ayat dan hukum bacaan yang ditemui pada mana-mana tempat dalam al Quran. Berikut merupakan beberapa hadis mengenai mempelajari Al-Quran.

Hadis riwayat Uthman bin Affan r.a dimana Rasulullah saw bersabda maksudnya “ Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya” Sahih Al Bukhari 4639

Hadis riwayat Abu Umamah al Bahili r.a dimana Rasulullah saw bersabda maksudnya “ Bacalah al Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya..” Sahih Muslim 1338

Hadis riwayat Imam ‘Asim r.h dimana Rasulullah saw bersabda maksudnya “ Dikatakan kepada alhi al Quran (di akhirat), bacalah al Quran, meningkat (darjat) kamu dan elokkanlah bacaan kamu sepertimana kamu mengelokkan bacaan di dunia, sesungguhnya kedudukan kamu (di akhirat) adalah pada ayat terakhir yang kamu baca itu” Jami’ at Tirmizi 283

Berdasarkan hadis yang disebutkan Rasulullah S.A.W adalah amat penting untuk kita membaca Al-Quran dan mempelajari Al-Quran dengan bersungguh-sungguh dalam memperoleh syafaat daripada Allah S.W.T. Mengetahui cara bacaan Al-Quran juga dapat membolehkan kita sebagai umat Islam untuk mengajarnya kepada anak-anak kecil, mualaf, golongan yang berminat untuk mendalami Al-Quran dalam memperoleh pahala berganda serta meningkatkan lagi kelompok individu yang membaca Al-Quran.

Didoakan semoga kita semua terus istiqomah dalam membaca Al-Quran serta mempelajari hukum tajwid dalam usaha untuk dapat membaca Al-Quran dengan betul dan penuh yakin.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Panduan

10 Tip Khatam Al-Quran Ramadhan

Ramadhan tiba lagi. Ramadhan sinonim dengan Alquran. Biasanya pada bulan ini, ramai dikalangan kita bersungguh-sungguh untuk khatamkan Alquran sekurang-kurangnya sekali. Kami kongsikan tips supaya sempat

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian