Al-Quran merupakan nama bagi kitab yang diturunkan kepada Rasul SAW yang terakhir sebagai petunjuk kepada umatnya.
Al-Quran merupakan mukzijat Nabi Muhammad SAW yang terbesar dan berkekalan sehingga hari kiamat.
Namun, terdapat pelbagai nama lain selain daripada nama Al-Quran sebagaimana yang disebut di dalamnya.
Kepelbagaian nama ini menggambarkan keistimewaan dan kemulian Al-Quran itu sendiri.

1. Al-Quran
Al-Quran adalah kata terbitan daripada perkataan (Iqra’) yang membawa maksud ‘menghimpunkan’.
Ibnu Abbas berkata apabila dihimpunkan dan digabungkan ia di dalam hati kamu, maka beramallah dengannya.

2. Al-Mushaf
Mushaf berasal daripada perkataan ‘ashaf’ yang membawa maksud mengumpulkan Al-Suhuf (lembaran).
Al-Sahifah pula bermakna lembaran kulit atau kertas yang ditulis di atasnya.

3. Al-Kitab
Al-Kitab adalah nama lain bagi Al-Quran yang bermaksud ‘himpunan’.
Iaitu Al-Quran yang menghimpun pelbagai ilmu, kisah dan juga pengkhabaran.
Kerana itu Al-Quran juga disebut sebagai Al-Kitab.

4. Al-Nur
Al-Quran dikenali juga sebagai Al-Nur.
Ianya kerana Al-Quran berfungsi untuk menyingkap perkara kebenaran dan menerangkan perkara yang tidak jelas tentang halal dan haram.
Selain itu juga Al-Quran memberi penjelasan yang tidak tercapai oleh akal fikiran.
Seterusnya, memberi cahaya petunjuk kepada permasalahan yang tidak jelas tentang halal dan haram.

5. Al-Furqan
Kenapa nama lainnya Al-Furqan?
Sebab Al-Quran merupakan kitab yang membezakan di antara perkara yang benar dan batil.

Kesimpulannya, dapat saya simpulkan bahawa Al-Quran mempunyai pelbagai nama selain daripada nama Al-Quran.
Berdasarkan seperti yang dinyatakan oleh para ulama berdasarkan ayat Al-Quran itu sendiri.
Hal ini menggambarkan bahawa Al-Quran merupakan kalam Allah SWT yang sangat agung.
Kerana itulah diberi kepelbagaian nama bagi menggambarkan kemuliaan dan keagungannya.
Ingin tahu kisah-kisah menarik tentang Al-Quran? Klik disini