Omar Abdul Aziz Tidak Rela Mengalah Membantu Orang ‘Buta’ Al-Quran

Tersentuh saya dengan kisah menarik seorang warga emas yang berkerusi roda membantu orang yang tidak boleh mengaji Al-Quran.

“Alhamdulillah, saya cukup puas dapat membantu seorang wanita yang ‘buta’ Al-Quran kepada celik kalam Allah SWT.

“Terasa sempurna sudah tanggungjawab fardu kifayah sebagai seorang Islam,” kata Omar Abdul Aziz, 52.

Omar yang juga orang kurang upaya (OKU) mengadakan program Jom Mengaji Al-Quran atas talian bagi meneruskan kelangsungan hidup menyara keluarganya sejak 17 tahun lalu.

Penyakit itu adalah dugaan besar yang perlu ditempuhinya.

Dia pernah buntu cara untuk mencari rezeki memandangkan ketika jatuh sakit dan lima anaknya pula masih kecil.

“Semasa terlantar di hospital, terdetik untuk melakukan sesuatu sebagai bekalan akhirat.

Lalu Tuan Omar tercetus idea untuk mewujudkan program Jom Mengaji Al-Quran atas talian.

“Kebetulan, saya ada kebolehan mengajar Al-Quran hasil didikan bapa, Abdul Aziz Ahmad Daud, yang berusia 80 tahun.

“Malah, saya sudah menjadi guru mengajar Al-Quran peribadi secara sambilan sebelum bergelar OKU.

Dia memanfaatkan kemahiran teknologi untuk mewujudkan program menggunakan platform atas talian iaitu Media Cyber Kalam Penenang Jiwa dan Jom Ngaji al-Quran Penawarnya di Facebook.

“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), video ini mendapat sehingga 12,000 tontonan termasuk pengikut dari luar negara.

Ada segelintir daripada mereka (pengikut) yang bermurah hati menderma walaupun tanpa diminta.”

Katanya lagi, dia mempunyai tujuh pelajar tetap dan mengenakan bayaran serendah RM50 sebulan namun ada dalam kalangan mereka yang membayar lebih.

“Saya bersyukur, di sebalik ujian ini, Allah SWT permudahkan usaha mencari rezeki.

Tuan Omar juga sedang membiayai pengajian anak keempat di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan anak bongsu di tingkatan lima,” katanya.

“Bacalah al-Quran setiap hari walaupun hanya tiga potong ayat kerana kesannya sangat besar dalam kehidupan,” katanya.

SUMBER : My Metro

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian