Perempuan Ini Khatam Mengaji Selepas 34 Tahun!

Puan Azizah adalah salah seorang ahli group Telegram Celik Al-Quran. Beliau bercerita kisah pengalaman dirinya. Dulu tak pandai mengaji, tapi sekarang sudah boleh mengajar orang lain.

Saya tuliskan kembali kisah ini supaya menjadi sumber inspirasi kepada kita.

*****

Lama Tak Pegang Al-Quran.

15 tahun saya tak pegang Al-Quran sehinggalah saya kahwin.

Mengaji lepas nikah

Masa tu, jiran saya (makcik) selalu pergi mengaji. Selalu juga dia ajak saya tapi saya tolak dengan alasan penat dan sibuk jaga anak-anak.

Saya larikan diri dari makcik.

“Kalau jumpa makcik tu.. saya cepat-cepat masuk rumah. hihihi..”

Sehingga lah, pada suatu hari…

Titik Perubahan

Suami ajak mengerjakan umrah. Masa tu umur 30 tahun. Solat tak cukup. Tak tutup aurat dan mengaji pun tak tahu. 🙁

masjidil haram

Saya rasa sangat takut. Takut dengan dugaan Allah di sana nanti !

Dengan rasa tak malu, saya jumpa makcik sebelah rumah. Tanya kat mana nak belajar mengaji.

So saya pergi belajar lah. Masa tu, belajar di surau lepas isyak. Belajar seminggu je sebab rasa boring dan tak faham apa yang ustaz tu ajar.

Tanya lagi makcik sebelah rumah. Ada tak guru yang boleh ajar saya seorang je.

Dia kata ada. So, kami pergi la jumpa guru perempuan.

Dia tanya.. “Pandai ngaji tak?”

Saya cakap pandai baca Surah Yasin jerr.

surah yasin

Semasa duduk asrama, tiap-tiap minggu kena baca yasin. Saya pun test baca. Hahaha… ustazah tu kata, saya baca meletop-letop. Saya blurrr.. :'(

Ustazah kata, “Awak pergi umrah dulu. Minta pada Allah yang awak nak belajar mengaji”

Yang sedihnya.. bila saya mengaji di sana cepat rasa bosan sebab saya baca macam mengeja. Nak sebut pun susah.

Macam mana la orang lain boleh tekun mengadap Alquran. Pelik bin ajaib!

****

Terus Berubah Selepas Umrah

Balik dari umrah, saya terus belajar mengaji dengan serius. Seminggu 3 kali. Dengan perut yang besar dan ada anak kecil, saya gagahkan diri pergi belajar.

Korang tahu tak? Saya belajar mengaji 4 tahun baru khatam.

Umur 34 tahun saya khatam buat pertama kalinya. Tak tahu nak ucap apa, sebab dapat khatam Alquran. Terharu sungguh!

Perasaan Selepas Khatam

Saya rasa sangat tenang. Sangat gembira dan nak mendalami Alquran ni lagi.

Alhamdulillah hingga harini saya masih mengaji. Anak-anak pun saya yang ajar mereka mengaji.

Kenapa saya ajar anak-anak mengaji? Sebab saya nampak pahala di situ. Sebab tu saya gagahkan diri mengajar. Kadang-kadang tersengguk-sengguk saya semak bacaan mereka. Hahaha..

Bila dah pandai mengaji, ustaz beritahu pula fadhilat mengajar Alquran. Kita sebarkan Alquran dan bantu kawan-kawan kita pula.

Baca juga: 3 KESILAPAN KETIKA MEMBACA SURAH ANNAS

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian