Pegawai Kerajaan Akan Dipecat Sekiranya Tidak Fasih Baca Al-Quran

Pegawai tinggi di kawasan pentadbiran Gowa, Sulawesi berdepan tindakan dipecat sekiranya tidak fasih membaca Al-Quran.

Menurut laporan Kompas, seramai 14 daripada 76 pegawai kerajaan di pejabat daerah Gowa gagal dan tidak fasih mengaji.

kesemua 76 pegawai itu terpilih untuk menjalani ujian membaca Al-Quran sebagai syarat bagi mengisi kekosongan jawatan dalam beberapa jabatan.

“Pada Ahad lalu, kesemua pegawai berkenaan sudah menjalani ujian mengaji dan terdapat 14 orang yang tidak fasih.

“Kesemua 14 pegawai itu diberi masa enam bulan untuk menguasai kemahiran membaca Al-Quran.

Kemahiran mengaji untuk pegawai-pegawai kerajaan merupakan fasa pertama pelaksanaan dan Gowa merupakan daerah pertama di Sulawesi Selatan yang memperkenalkannya.

Ujian ini adalah sebahagian daripada mengenal pasti kelayakan pegawai-pegawai berkenaan untuk dinaikkan pangkat di beberapa jabatan.


Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian