Persediaan Awal Sebelum Memulakan Kelas Mengaji. Mesti Cuba

Tentunya tuan puan terfikir apa persediaan yang kita nak kena buat sebelum nak masuk kelas mengaji kan?

Janganlah risau bukannya berat pun.

Mungkin ada sedikit perkara yang kita terlepas pandang. 

Jadi jom kita sama-sama semak, apa persediaan kecil yang kita nak kena

buat sebelum masuk kelas mengaji.

1) Buat carian atau survey kelas mengaji yang sesuai dengan masa tuan puan.

Kalau tak pilih masa yang sesuai nanti dah daftar kelas risau tak boleh atau susah nak datang pula.

Yelah, mungkin tersama pula dengan waktu anak kelas tuisyen ke, kelas seni ke kan?

Sekurang-kurangnya kalau kita dah ada slot masa khas untuk kelas mengaji, tentunya tak terkejar-kejar nanti.

2) Persediaan dari segi emosi.

Tuan puan kena buang rasa malu.

Kita tak perlu rasa malu nak mengaji ni, kerana ianya ilmu yang cukup berharga.

Terapkan rasa bangga kerana kita bakal fasih dan mahir mengaji. InshaAllah.

3) Daftar. Ya, ini persediaan yang paling penting ni.

Kenalah daftar dulu sebelum masuk ke kelaskan.

Kalau tak daftar macam mana nak masuk kelas kan? 

Tak tahu nak daftar kelas kat mana ?

Boleh daftar di Celik Quran terus secara online tau.

4) Lokasi pentingkah ?

Bergantung kepada kemampuan pergerakan tuan puan. 

Kalau ada kenderaan sendiri dan mudah untuk bergerak kesana kesini boleh lah pilih kat mana-mana lokasi tuan puan suka.

Kalau tak, tuan puan cari yang berdekatan dengan rumah atau tempat kerja.

Jika tak jumpa yang dekat dengan rumah ada juga yang jalankan kelas secara online.

Boleh je daftar belajar secara online.

Saya harap 4 tip persediaan ini membantu sedikit sebanyak untuk merancang.

Dan secara tak langsung mendapat ketenangan ketika mengaji nanti.

Taknak rushing-rushing dan resah gelisah nanti tau.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian