Pesanan Untukmu Wahai Penuntut Ilmu

Penuntut ilmu ialah seseorang yang bersemangat untuk menuntut ilmu dan ingin mengetahui kebaikan yang akan diterimanya. 

Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Dari Anas RA ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang keluar untuk mencari atau menuntut ilmu, maka dia adalah orang yang berjihad fi sabilillah sehingga ia kembali”. 

(Riwayat oleh Tirmidzi)

Rasulullah SAW menerangkan kepada kita betapa pentingnya menuntut ilmu di kalangan umat Islam.

Ilmu pengetahuan sering disebut sebagai jambatan kejayaan, pemangkin kemenangan dan pelbagai lagi.

Maka, tidak hairanlah mengapa ia menjadi tuntutan dan saranan yang penting.

Ilmu pengetahuan bukan sahaja menjamin nilai tambah dalam diri seseorang.

Bahkan ia mampu membentuk pemikiran yang sihat bagi setiap umat dalam membina masa depan cemerlang.

Ilmu yang baik akan membentuk jati diri seseorang Muslim.

Dato’ Badli Shah Alauddin ada menitip pesanan buat penuntut ilmu :

  1. Imam al-Syafiee berkata : “Janganlah kamu menetap di suatu negeri yang di dalamnya tiada seorang ulama yang memberikan fatwa tentang agamamu, atau seorang doktor yang boleh memberitahu penyakitmu.”

2. “Barang siapa mempelajari Al-Quran, akan naik harga dirinya.”

3. “Aku mengadu kepada guruku Waki’, tentang hafalanku yang kacau, maka beliau menasihatiku agar tinggalkan maksiat.”

4. “Belajarlah! Kerana tidak seorang pun yang dilahirkan sebagai ilmuwan.

Kesimpulannya, menuntut ilmu merupakan amalan yang mulia. Amalan yang mulia ini akan tercemar dengan akhlak penuntut yang buruk.

Maka jadilah kita penuntut yang benar-benar berakhlak kerana islam sangat mementingkan aspek akhlak dalam menuntut ilmu.

Ketika Imam Malik ingin menuntut ilmu ibunya pernah berpesan,“Pelajarilah adabnya sebelum engkau pelajari ilmunya!’.

Pesanan ini juga buat kita sebagai penuntut ilmu. Perbaiki adab dan akhlak kita insyaAllah ilmu akan berkat.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian