Rasakan Keajaiban Membaca Surah-surah Dalam Al-Quran (Bahagian 2)

Sebelum ini kita sudah membincangkan surah-surah yang mempunyai keajaiban yang tersendiri. Klik disini

Sekarang kita akan membincangkan 5 surah lagi yang memiliki keistimewaan sendiri yang boleh kita amalkan dalam kehidupan harian kita.

Surah Al-Kauthar

Kepada sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki, ingin naik pangkat maka amalkan surah ini.

Baca surah ini sebanyak 1000 kali maka dengan izin Allah SWT insyaAllah dikabulkan.

Bagi sesiapa yang membaca 1000 kali juga selepas solat Isyak sehingga tertidur, insyaAllah dia dapat melihat Rasulullah SAW dalam tidurnya.

Surah Al-Kafirun

“Sesiapa yang membaca Surah Al-Kafirun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.” 

(Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur amalkan membaca surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

Surah Al-Ikhlas

Rasulullah SAW pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Quran.”

Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Quran sebanyak 30 juzuk itu.”

Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”

Dari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali RA “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.

Surah Al-Falaq

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.”

Sesiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

Sesiapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

Surah An-Nas

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir dalam Al-Quran.

Nama An-Nas bermaksud manusia.

Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah.

Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan.

Samada gangguan daripada golongan manusia mahu pun jin. 

Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Sumber : Al-Mukhlisin

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian