Remaja Buta Juara Dalam Kejohanan Tilawah Al-Quran Peringkat Nasional

Adakah anda percaya orang buta boleh mengaji? Buta pun boleh bertandingan dalam pertandingan Kejohanan Tilawah Al-Quran Peringkat Nasional?

Amzar Haziq telah membuktikan walaupun dalam keadaan buta tetapi masih mampu mengharumkan nama keluarga dalam kejohanan Tilawah Al-Quran Peringkat Nasional.

“Ketika melihatnya pertama kali, ada yang tak kena pada matanya sehingga doktor memaklumkan anak saya buta,” kata Md Fauzi Md Noor, bapa kepada Amzar Haziq yang mengikuti tilawah Al-Quran peringkat nasional.

Md Fauzi berkata hatinya remuk ketika melihat zuriatnya itu buat pertama kali. Tidak menjangka anaknya buta dan memikirkan keadaan masa depannya kelak.

Anaknya itu sering mendengar bacaan Al-Quran dan ceramah agama di televisyen serta radio ketika berada di rumah.

Sejak itu, kanak-kanak berkenaan mula minat untuk membaca Al-Quran serta berceramah.

“Sejak daripada itu, saya dan isteri Rossuhaizura memberi galakan dan sokongan kepadanya.

Bermula dia berusia 6 tahun, dia sudah dihantar ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Penglihatan) Alma, Bukit Mertajam.

Dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran.

“Di situ, dia mula didedahkan dengan ilmu akademik serta mendalami teknik serta cara bacaan Al-Quran braille.

Amzar Haziq dibawa menyertai beberapa tilawah Al-Quran sehingga memenangi beberapa daripadanya,” katanya.

Md Fauzi berkata, dia kini bersyukur melihat kejayaan dikecapi Amzar, malah gembira dengan apa yang dicapainya hasil bantuan guru dan pihak berkenaan.

  • Johan Azan Subuh Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Pulau Pinang 2014
  • Naib Johan Tilawah Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Pulau Pinang 2014 
  • Johan Pertandingan Tilawah Al-Quran Braille Peringkat Kebangsaan 2016

“Ada yang tak suka dengan kecacatan saya, namun ramai lagi yang masih mahu berkawan dengan saya.

“Saya tidak marah kepada mereka namun menguatkan usaha dan membaca Al-Quran bagi mengubati kesedihan saya,” katanya.

Kesimpulannya, Allah tidak menjadikan seseorang hambaNya pandai atau bodoh. Tetapi Allah menjadikan seseorang hambaNya rajin atau malas sahaja. klik disini

klik disini Ada seorang lagi adik hebat seperti Amzar Haziq ini.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian