Risau Lupa Yang Dah Dihafal? Cuba 3 Makanan Ini Untuk Kuatkan Ingatan

kita cukup runsing tentang pemilihan makanan yang dapat menguatkan daya ingatan seseorang.

Ada ke makanan yang boleh kuatkan ingatan kita?

Otak adalah organ yang menyerap banyak nutrisi dari makanan yang kita makan.

Kalau kita banyak makan ‘junk food’, otak pasti menghasilkan banyak hormon stress.

Berikut merupakan 3 elemen makanan utama yang dapat meningkatkan daya kebolehan otak anda.

1. Lemak Baik

Organ kita menggunakan lemak semula jadi untuk menjaga membran sel dan berfungsi dengan baik.

Ianya membantu mempertahankan keadaan ini, maka makanan yang mengandungi lemak ini sebaiknya dimasukkan dalam menu makanan.

Lemak baik terdiri daripada :

  • Lemak tidak tepu yang boleh dijumpai dalam minyak zaitun, minyak wijen, kekacang, biji-bijian dan alpukat.
  • Asid lemak penting (EFA) yang ada 2 bentuk iaitu omega 3 dan omega 6.

Omega 3 : kacang-kacangan, biji-bijian, daging haiwan herbivor, telur ayam kampung.

Omega 6 : biji rami, chia, daun hijau, kenari, minyak ikan, daging haiwan herbivor, tiram, udang.

  • Lemak tepu semulajadi, lemak ini ditemukan dalam minyak kelapa dan kelapa sawit, kuning telur, mentega, krim.

2. Makanan Yang Mengandungi Kolin

Kolin dapat membuat otak berfungsi dengan lebih baik, yang juga akan membantu dalam perkembangan memori.

Kolin meliputi telur, minyak ikan, hati, kacang soya, kacang tanah, mentega, kentang, kubis bunga, lentil, oat, bijan dan biji benih.

3. Makanan Yang Kaya Anthocyanin Dan Querecetin

Anthocyanin dan Querecetin telah terbukti membantu meningkatkan kekuatan kognitif.

Bahan-bahannya seperti beri, ceri, kismis hitam, terung, anggur merah, ungu dan hitam, bawang merah, epal merah, kangkung, daun bawang, tomato dan brokoli.

Makanan Lain Yang Boleh Menguatkan Daya Ingatan

  • Susu

Merupakan sumber kalsium yang membina tulang yang sihat.

Susu juga kaya dengan vitamin dan protein bagi membantu meningkatkan kekuatan otak.

  • Ikan

Ikan seperti tuna dan salmon segar mengandungi sumber asid lemak omega 3 yang terbaik.

Tetapi ada sesetengah ikan mengandungi merkuri.

Jadi boleh direbus atau bakar ikan untuk dimakan dengan nasi.

  • Bijirin gandum dan roti

Merupakan sumber kolin yang penting. Ia juga diperkaya dengan vitamin B6 dan B12.

  • Telur

Telur merupakan sumber protein yang kaya.

Sedangkan kuning telur mengandungi kolin yang sangat penting yang dapat menguatkan daya ingatan.

  • Kacang dan minyak

Makanan kaya lemak tidak tepu juga membantu perkembangan otak dan boleh ditemui dalam minyak zaitun extra virgin, biji-bijian dan kekacang.

Asid folat yang baik dapat membantu untuk pertumbuhan otak contohnya kacang soya, bayam, brokoli dan jeruk.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian