45 Tahun Hidup, Baca Bismillah Pun Salah.

“Saya baru tahu selama 45 tahun saya hidup, saya baca bismillah pun salah.
ujar pelakon terkenal Rosyam Nor.

rosyam noor

“Saya tak malu untuk mengaku ini dihadapan anda semua. Biarlah saya malu dengan anda daripada saya malu dengan Allah” kata beliau lagi.

Berkongsi ceritanya, Rosyam Nor berkata, beliau telah diberikan segalanya oleh ALLAH, namun di saat kehilangan ayahnya, beliau menyedari bahawa beliau tidak pandai mengaji.

taman-kubur-2

“Ketika ini saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih sebab tidak tahu mengaji.

“Kadang-kadang bila jadi imam di rumah, anak-anak saya pun tahu surah apa saya akan baca. Sebab itu saya tak berlakon cerita agama,” katanya.

Terlalu lama memasang angan-angan untuk belajar mengaji, ketika penggambaran akhir filem KL Gangster 2, akhirnya hidayah buatnya hadir melalui seorang ustaz yang tidak didedahkan identitinya.

“Semasa penggambaran itu, ada seorang insan muncul dan pada awalnya saya anggap beliau hanya seorang peminat biasa. Kemudian beliau minta nombor telefon dan setiap minggu beliau hubungi saya ajak berjumpa.

“Selama empat bulan beliau hubungi saya sampai saya rimas dan akhirnya saya setuju untuk bertemu di kawasan rumah saya,” katanya.

Cerita Rosyam, hatinya terdetik untuk mengaku tidak pandai mengaji dan meminta ustaz tersebut mengajarnya.

“Tapi dengan satu syarat, jangan beritahu orang lain, sebab saya malu.

“Ini masalah paling besar bila dah tua.Tapi jangan kita malu. Alhamdulillah usia 45 tahun saya mula belajar mengaji mula dengan alif, ba, ta,” katanya.

Rosyam juga memberitahu tahun lalu pada usia 48 tahun, beliau akhirnya berjaya khatam al-Quran di hadapan Kaabah.

***

Daripada pengalaman kami di Celik Alquran, memang ramai yang hadapi masalah seperti ini.

Malu.
Segan.
Rasa dah berusia, seterusnya..
Tak tahu mahu mula dari mana.

Belajarlah. Usah pernah rasa terlambat.

Yang penting perlu bermula. Kami doakan usaha tuan puan sentiasa dipermudahkan.

 

Kredit: Sinar Harian.

 

Baca lagi: Perempuan ini menangis ketika disemak bacaannya.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian

Sudah berusia tapi belum boleh membaca Al-Quran?

Dapatkan eBook percuma sekarang!