Rugi Tak Amalkan! Ini Doa Nabi Yunus Baca Ketika Dalam Kesulitan

Doa adalah keinginan terhadap Allah SWT atas apa yang ada padaNya dari semua kebaikan dan mengadu kepadaNya dengan memohon sesuatu.

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ


“Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin”

Ertinya: Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang zalim.

Pernah tak tuan puan dengar atau membaca zikir ini?

Ia dikenali sebagai zikir Nabi Yunus.

Zikir ini dibaca oleh Nabi Yunus AS ketika Baginda berada dalam perut ikan nun.

Disebabkan zikir ini juga Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Yunus daripada perut ikan yang menelannya.

Zikir ini mengandungi kelebihan yang amat baik jika kita mengamalkannya.

Manfaat zikir ini ialah Allah SWT akan membantu kita daripada kesusahan atau bencana.

Bacalah zikir ini selama 10 minit setiap hari dan insyaaAllah dipermudahkan segala urusan.

Malah ianya juga menjauhkan kita daripada terkena perbuatan sihir.

Sesiapa yang susah hati, terkena buatan atau apa-apa penyakit sekalipun, rajin-rajinlah baca ayat ni setiap masa.

Memang ajaib!!

Doa ini afdalnya dibaca 11 kali ketika sujud sebaik sahaja selesai solat.

Mohon lah doa daripada Allah SWT dan insyaAllah dimakbulkan.

Semoga perkongsian tentang amalan doa Nabi Yunus di atas dapat memberikan manfaat kepada kita semua.

Jangan berputus asa sehingga kita mencapai kecemerlangan dalam setiap perbuatan yang dilakukan.

Baca juga : Rasakan Keajaiban Membaca Surah-surah Dalam Al-Quran

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian