Rumah Tiada Aura Sebab Tiada Bacaan Al-Quran Oleh Seisi Rumah

Ada banyak sebab kenapa anda perlu baca Al-Quran selalu di rumah.

Sekarang pula dah akhir zaman, lagilah sangat diperlukan mengaji di rumah.

Hiasi dan warnailah rumah anda dengar alunan ayat suci Al-Quran bersama keluarga anda supaya rumah anda kekal sejahtera.

Inilah sebab-sebab mengapa harus rajin membaca Al-Quran di rumah.

Rumah Tiada Aura

Perasan tak anda rasa yang rumah kita rasa hilang seri dan sunyi je?

Bukan sebab hiasan rumah tu tak cantik.

Tapi sebab hilangnya seri sebab tiadanya aura.

Nampak macam tiada penghuni.

Orang pun tak perasan rumah tu ada.

Rumah orang yang selalu baca Al-Quran akan nampak berbeza, walaupun rumah mereka kecik atau sederhana tapi orang suka datang rumah tu.

Positifkan Gelombang

Selalu marah-marah kat anak-anak, lepas tu jerit sana, jerit sini.

Lepas tu banyak pula sumpah seranah, membawang tanpa henti tanda banyaknya gelombang negatif.

Cuba kita ubah semua tu kepada mengaji setiap hari.

Lama-kelamaan gelombang dari bacaan tersebut akan positifkan gelombang yang negatif.

Rahmat Dan Keberkatan

Malaikat sentiasa mencari penghuni rumah yang rajin membaca Al-Quran untuk diberikan pahala, kebaikan, rahmat dan keberkatan di atas ayat-ayat suci yang dibacanya.

Tanda rahmat dan keberkatan wujud bila kehidupan anda rasa lebih aman, tenang dan rezeki berlipat ganda dikurniakan Allah.

Menghalau Syaitan Dan Sihir

Ramai yang tidak tahu bahawa syaitan dan jin tidak akan duduk di dalam rumah orang yang selalu baca Al-Quran.

Sebagai contoh orang yang baca surah Al-Baqarah, syaitan dan jin akan bertangguh untuk masuk dalam rumah anda.

Jadi bayangkan kalau anda membaca setiap hari.

Mengubat Hati Orang Yang Membaca Dan Seisi Rumah

Keajaiban kitab suci ini ialah boleh mengubati hati dan mengubah karakter dalaman diri kita.

Semakin banyak anda mengaji, perwatakan anda akan semakin baik dan emosi lebih stabil.

Bahkan juga akan mengubahkan perwatakan orang yang mendengar bacaan kita.

Sebab itu rumah orang yang rajin mengaji mereka nampak lebih tenang berbanding orang yang tidak baca.

Kemuliaan Kepada Pembacanya

Ada banyak hadis yang menceritakan perihal kemuliaan ini.

Antaranya orang yang membaca Al-Quran akan sentiasa didampingi malaikat.

Dan orang yang membaca merangkak-rangkak pun diberikan pahala pada setiap huruf yang dibacanya.

Dan Allah angkat darjat pada orang yang baca Al-Quran sentiasa.

Syafaat Pada Hari Kiamat

Al Quran adalah kalam Allah dan satu-satunya mukjizat yang masih ada.

Orang yang membacanya akan mendapat syafaat dan menjadi saksi di padang mahsyar kelak.

Rugilah jika waktu yang singkat ini kita tak manfaatkan masa untuk membaca Al Quran.

Kata ulama, bacalah Al-Quran sebanyak mana kita makan.

Jika kita makan sarapan pagi, tengahari dan malam, maka bacalah juga Al-Quran pada waktu pagi, tengahari dan malam.

Makanan yang kita makan adalah untuk jasad yang akan hancur.

Manakala Al-Quran yang kita baca adalah untuk roh yang akan terus hidup.

Cari guru, dan belajarlah Al-Quran. Yang boleh baca al-Quran, bacalah selalu.

Jom baca artikel menarik di sini

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian