“Saya Dah Tua, Boleh Bantu Saya Mengaji Dari Awal Secara Personal?”

Saya menerima satu pesanan ringkas dari Messenger daripada seorang wanita berusia yang teringin nak belajar mengaji.

Saya tersenyum dengan soalan beliau.

“Boleh ke saya nak mengaji semula bermula dari awal?

Maaflah saya memang betul-betul nak belajar mengaji dari awal, boleh ke ustaz atau ustazah tolong saya?” Bertanya Puan Ros (bukan nama sebenar).

Saya juga betul-betul ingin dibimbing belajar mengaji saya mengaku awal-awal ni.” Merayu Puan Ros kepada saya.

Saya malu bila kawan-kawan ajak saya ke majlis bacaan Yasiin sebab saya tak reti membaca.”

Untuk pengetahuan tuan puan, Celik Al-Quran merupakan sebuah platfom yang sudah membantu ramai orang dewasa untuk belajar mengaji.

Masalah orang dewasa tidak pandai membaca Al-Quran ini sudah biasa kami temui.

Puan Ros juga adalah salah seorang yang mengaku malu nak belajar kerana usianya sudah lanjut.

Tapi apa yang kami lebih suka ialah semangat yang ditonjolkan oleh Puan Ros dan juga pelajar-pelajar lain.

Selain itu, apa yang menariknya di Celik Al-Quran kelas kami adalah secara personal sahaja.

Jadi mudahlah untuk pelajar-pelajar fokus ketika belajar mengaji.

Untuk pelajar lelaki, mereka akan belajar bersama Ustaz manakala untuk pelajar wanita bersama Ustazah.

Tuan puan jangan risau sebab kami akan membimbing dari mula kenal huruf sampailah mahir membaca Al-Quran.

Kami menjanjikan yang tuan puan akan berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

Sudah ramai pelajar kami yang gembira kerana sudah boleh membaca Al-Quran sendiri selepas belajar bersama kami.

Asalkan tuan puan rajin ulangkaji dan sedia untuk dibimbing oleh kami.

Jangan bertangguh lagi jom daftar info lanjut, klik disini

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian