Sebab Utama Umat Islam Perlu Belajar Ilmu Tajwid Dalam Membaca Al-Quran

ilmu tajwid

Sebut mengenai bacaan Al-Quran, sudah pastinya ilmu tajwid tidak dapat ditinggalkan. Hal ini kerana bacaan Al-Quran yang sempurna haruslah diikuti dengan tajwid yang betul. Pembacaan yang betul bukan sahaja memperoleh pahala serta mengelakkan daripada dosa, malah turut menyakinkan pembaca untuk menjadikan Al-Quran sebagai bacaan harian dan pedoman hidup.

Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah bagi umat Islam. Dalam erti kata lain, sesuatu tempat itu seorang atau beberapa orang yang mengetahui ilmu tajwid sebagai rujukan bagi masyarakat setempatnya. Jika tidak ada seorang pun di kawasan tersebut yang mahir dalam ilmu tajwid maka kesemua penduduk kawasan tersebut menanggung dosa.

Apabila ditanya tentang hukum membaca Al-Quran dengan bertajwid sama juga bila persoalan apakah hukum mengetahui dan mempraktikkan ilmu tajwid semasa membaca al-Quran. Hukum mengegetahui dan mempraktikkan ilmu tajwid dalam bacaan Al-Quran adalah fardu ‘ain ke atas setiap muslim tidak kira lelaki atau pun perempuan.

Apabila seseorang itu membaca Al-Quran walaupun sedikit, mestilah dia membacanya dengan bertajwid. Sekalipun semasa bacaan Al-Quran itu dikira sebagai sunat (membaca Al-Quran yang tidak wajib seperti dalam solat) Al-Quran itu wajib dibaca dengan bertajwid sebagaimana ia diturunkan tanpa membuat perubahan. Dan sesiapa yang membacanya tanpa tajwid serta bacaannya boleh mengubah tafsiran al-Quran maka ia adalah berdosa. Golongan yang membaca Al-Quran dengan tidak bertajwid dan berubah maknanya termasuklah dalam golongan yang dilaknati Al-Quran itu sendiri, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

1. Dalil daripada Al-Quran

Dalam Surah al-Baqarah ayat 121 antara lain Allah Taala berfirman yang bermaksud:

Orang-orang yang Telah kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya.

Walaupun pada dasarnya hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah, tetapi tidak mungkin tercapai matlamat pembacaan Al-Quran dengan tajwid yang betul (fardu ‘ain) kecuali terlebih dahulu mempelajarinya. Ini kerana tidak ada seorang pun di dunia ini yang dilahirkan dengan kepandaian dalam sesuatu ilmu kecuali dia mempelajarinya terlebih dahulu.

Begitu juga dengan ilmu Al-Quran yang pembacaannya diajar oleh Rasulullah S.A.W. kepada para sahabatnya secara musyafahah dari mulut ke mulut hingga sampai kepada kita pada hari ini tidak mungkin dapat dikuasai kecuali dengan mempelajarinya terlebih dahulu (Surur Shihabuddin An-Nadawi, 2004).

 2. Dalil daripada As-Sunnah

Dalil as-Sunnah tentang wajib membaca Al-Quran dengan bertajwid pula sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a. (isteri Nabi s.a.w.) apabila ditanya bagaimanakah bacaan Rasulullah s.a.w. dan solat baginda, maka beliau menjawab:

Maksudnya:

“Ketahuilah kamu semua, adalah baginda s.a.w. solat kemudian tidur dengan kadar baginda solat tadi, kemudian baginda solat semula dengan kadar tidur tadi hingga menjelang subuh, kemudian (Ummu Salamah) menunjukkan cara bacaan Rasulullah s.a.w., maka beliau menunjukkan(satu) bacaan yang menjelaskan (sebutan) huruf-hurufnyasatu persatu”. (Hadith Jamik At-Tarmizi)

Zaid bin Thabit telah menyebutkan sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi :-

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah Taala menyukai seseorang hambanya membaca Al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan”

Maksudnya:

Sesungguhnya akan datang beberapa golongan sesudah aku, orang-orang yang membaca Al-Quran seperti cara orang bernyanyi, cara orang ahli kitab dan cara seperti orang meratap, yakni keluarnya huruf-huruf yang melalui kerongkong mereka tidak sesuai dengan makhraj al-huruf, semata-mata tujuannya mempersona dan menakjubkan orang sahaja.

Lagu fasik ialah lagu yang bukan berasal dari lagu arab yang diatur not kaedah muzik yang boleh merosakkan bunyi makhraj dan sifat huruf. Adapun lagu nyanyian ahli kitab iaitu lagu yang dilakukan seperti orang yang putus asa atau merintih ditimpa bencana dapat melalaikan sebutan huruf.

3. Dalil daripada Ijmak Ulama

Telah sepakat para ulama sepanjang zaman dari zaman Rasulullah s.a.w. sehingga sekarang dalam menyatakanbahawa membaca Al-Quran secara bertajwid adalah suatu yang fardu dan wajib. Pengarang kitab Nihayah menyatakan:-

“Sesungguhnya telah sepakat semua imam dari kalangan ulama yang dipercayai bahawa Tajwid adalah suatu yang wajib sejak zaman Nabi s.a.w. lagi sehinggalah sekarang dan tiada seorang pun yang mempertikaikan kewajipan ini”.

Menurut Mazhab Imam As-Syafie, bahawa memelihara pembacaan kitab Allah Taala iaitu membaca secara bertajwid yang mu’tabar di sisi ahli Qiraat adalah suatu yang wajib, tiada keraguan lagi, sedangkan bacaan selain itu adalah berdosa dan karut (Abdullah al-Qari bin Haji Solleh, 1994).

Imam Ibnu Jazari pula menyatakan dalam kitab puisinya (Muqaddimah) telah berkata:-

Mengamalkan tajwid itu suatu kewajipan

Kerana berdosa tidak mengelokkan bacaan

Kerana Quran itu turunnya dari Tuhan

Dan begitulah kepada kita sampainya bacaan

Tajwid juga perhiasan bacaan

Dan hiasan sebutan dan bacaan

Sheikh Qurra’ Mesir, As-Sheikh Muhammad bin Ali bin Khalaf al-Husaini dalam kitabnya ” القول السديد ” (Menulis Menurut Hukum), bahawa membaca Al-Quran secara bertajwid itu adalah wajib dan diberi pahala bagi pembacanya, manakala membaca Al-Quran tanpa tajwid (secara bacaan yang salah) adalah berdosa. Mempelajari ilmu tajwid adalah fardu ‘ain bagi orang-orang yang hendak membaca Al-Quran, kerana Al-Quran itu adalah diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W. secara bertajwid (bacaan yang elok) dan ia juga telah sampai kepada kita secara mutawatir (Abdullah al-Qari bin Haji Solleh, 1994).

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan keutamaan membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul sebagaimana ia diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.. Oleh yang demikian, membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul adalah fardu ‘ain bagi setiap umat Islam sama ada lelaki atau pun perempuan yang mukallaf, maka hukum mempelajari ilmu tajwid yang pada asalnya adalah sunat telah menjadi wajib kerana tuntutan tersebut. Oleh kerana itu, mengamalkan ilmu tajwid adalah satu kewajipan, maka dapatlah disimpulkan bahawa mempelajarinya juga merupakan satu kewajipan demi menyempurnakan tuntutan Allah Taala.

Kepentingan tajwid dalam bacaan Al-Quran

Ilmu tajwid adalah ilmu yang berhubung dengan seagung-agung kitab iaitu Al-Quran. Maka tidak dapat dinafikan lagi tentang kepentingan serta faedah mempelajari ilmu tajwid. Antara kepentingan-kepentingan membaca Al-Quran dengan mengamalkan hukum tajwid ialah seperti berikut:

1. Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam menbaca Al-Quran.

Mempraktikkan ilmu Tajwid dalam pembacaan Al-Quran membolehkan seseorang itu terhindar daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang merosakkan bacaan atau mencacatknya. Sekiranya membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul merupakan satu kewajipan bagi setiap muslim, maka membacanya dengan tajwid yang salah merupakan suatu dosa. Kesalahan dalam bacaan Al-Quran terbahagi kepada dua, iaitu:-

Malah, hukum membaca Al Quran dengan bertajwid adalah wajib bagi suatu Muslim. Dalam erti kata lain, mereka yang membaca Al-Quran dengan salah atau tanpa tajwid yang betul adalah haram hukumnya sementara mencacatkannya adalah suatu dosa. Kesalahan dalam bacaan bagi pembaca Al-Quran terbahagi kepada dua.

  1. Kesalahan nyata

Kesalahan nyata bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur perkataan sama ada kesalahan itu mencacatkan makna perkataan atau tidak. Kesalahan tersebut terdiri daripada kesalahan yang dapat disedari dengan nyata dan terang-terangan. Ia dapat disedari oleh semua orang tak kira orang biasa ataupun mereka yang mahir dengan hukum tajwid.

Contohnya seperti mengubah makna perkataan atau kesalahan mengubah huruf. Hukumnya adalah haram mengikut ijma’ ulama’ sama ada disengajakan ataupun tidak. Buat mereka yang tidak mengetahuinya, tiada dosa bagi mereka.

2. Kesalahan Tersembunyi

Kesalah tersembunyi bermaksud kesalahan atau kecacatan yang dilakukan pada sebutan, dimana kesalahan itu menyalahi cara sebutan yang telah ditetapkan bagi sesuatu perkataan atau ayat al Quran. Kesalahan ini hanya disedari oleh orang yang mahir dalam tajwid ataupun para Qurra’ sahaja, dan tidak pada orang awam.

Contohnya seperti meninggalkan izhar,ikhfa’, idgham, iqlab, ghunnah, kadar panjang yang sepatutnya, tafkhim, tahqiq dan sebagainya. Dengan kata lain mengabaikan hukum tajwid dalam pembacaan.

Hukumnya adalah haram dilakukan secara sengaja ataupun mempermudah-mudahkannya. Bagi yang tidak tahu, tiada dosa bagi mereka.

3. Meningkatkan keyakinan pembaca terhadap kitab Al-Quran

 Berkat penguasaan ilmu Tajwid membolehkan para pembaca Al-Quran yakin bahawa mereka akan terhindar dari sebarang kesalahan. Seterusnya dengan adanya penguasaan ilmu Tajwid juga kualiti bacaan al-Quran akan terpelihara.

Apabila tajwid dalam Al-Quran dibaca dengan betul maka kecenderungan minat untuk membaca al-Quran akan lebih meningkat lagi kerana adanya perkaitan hati sanubari dengan ayat-ayat yang dibaca sekaligus menjadi motivasi kepada diri untuk terus membaca dan mengajar individu-individu lain. Allah juga turut menjanjikan darjat yang tinggi di akhirat kelak.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian