Seorang Anak Yang Buta Mengajar Bapanya Membaca Al-Quran

Walaupun dilahirkan tanpa nikmat melihat ia bukanlah halangan untuk membaca Al-Quran.

Malah dia mampu menguasai mushaf bentuk braille.

Nor Yusnita Mohamad berusia 30 tahun merupakan seorang guru Al-Quran di Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis).

Selain itu, Yusnita juga mengajar bapanya iaitu Mohamad Awang menggunakan Al-Quran braille.

Nor Yusnita berkata sejak kecil dia gemar mendengar orang mengaji dan alunan ayat suci, sekali gus menyimpan hasrat untuk membacanya satu hari nanti.

Dia berasa sedih kerana masalah penglihatan membuatkan dia sukar untuk mencapai impiannya.

Akuinya, sukar untuk menguasai braille dan dia sendiri pernah berputus asa.

“Sebab baris ayat dirasai dengan jari, ada kesukarannya tetapi berkat sabar, akhirnya saya mampu juga menguasainya,” katanya.

Kini, Nor Yusnita turut mengajar bapanya yang hilang penglihatan sejak 2005 dan perlu membaca Kalamullah.

Mohamad berkata dia mempelajari Al-Quran braille kerana tidak boleh lagi membaca Al-Quran biasa disebabkan masalah rabun yang kritikal hingga penglihatan merosot.

“Pada mulanya tidak yakin juga untuk menguasai al-Quran braille, tetapi pembacaan secara berterusan membantu meningkatkan kebolehan saya membaca,” katanya.

Dia sangat bersyukur galakan dan dorongan diberikan supaya Nor Yusnita untuk mempelajari Al-Quran menjadikan anaknya itu guru agama dan kini turut mengajarnya.

SUMBER : My Metro

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian