Seorang Bekas Banduan Kini Sudah Bergelar Al-Hafiz

​​​​​Hikmah di sebalik menjalani hukuman penjara daripada tidak mengenal huruf dalam al-quran bekas banduan ini kini bergelar al-hafiz.

Faisal (bukan nama sebenar) yang disabitkan dengan kesalahan melakukan peras ugut dua tahun lalu.

Bekas banduan ini mengakui kehidupan sebagai penghuni tirai besi di Penjara Marang banyak mengajarnya mengenali al-Quran dan mendekatkan diri kepada Pencipta.

Kembali Ke Pangkal Jalan

Dia yang pernah menggalas jawatan penting di jabatan kerajaan mengakui bahawa sebelum ini banyak menghabiskan masa dengan kegiatan yang melalaikan.

“Kehidupan saya sebelum berada di dalam penjara amat berbeza dengan sekarang.

Memang saya mempunyai segala-galanya seperti kemewahan, jawatan tinggi tetapi saya jahil dan tak pandai mengaji.

Saya lupa Allah dan apabila melihat al-Quran tidak pernah terdetik untuk membaca.

“Alhamdulillah di sini (penjara) saya berpeluang mencari diri saya yang sebenar dan mendapat peluang kedua untuk mendalami ilmu agama, belajar tajwid, belajar membaca al-Quran.

Saya juga dapat mengisi kekosongan hati yang sebelum ini saya tidak pernah rasa sebelum ini,” kata bekas banduan itu ketika ditemui di Penjara Marang.

Bekas Banduan Bertekad Untuk Berubah

Walaupun pada peringkat awal agak sukar baginya untuk menanam perasaan cinta kepada kalam Allah itu, namun dia tekad untuk berubah.

Dia memaksa dirinya untuk belajar, malah hasil bantuan dan tunjuk ajar ustaz di penjara, mengaji menjadi amalan setiap hari.

“Dulu saya ingin belajar al-Quran tapi dengan umur yang telah dewasa dan persekitaran setempat membuatkan keinginan terkubur begitu sahaja.

Lagi pun saya malu untuk belajar kerana saya terbabit dengan pelbagai masalah sosial.

“Apabila saya dimasukkan ke sini (penjara) saya memohon untuk masuk ke Rumah Mengaji agar dapat mengejar impian untuk belajar agama.

Di sini tiada istilah malu untuk belajar kerana kami diajar untuk saling membantu dan memberi sokongan moral sesama kami,” katanya.

Di Rumah Mengaji mereka diajar pelbagai ilmu agama termasuklah bertadarus dan hafazan al-Quran.

Bermula daripada membaca iqra’, kini beliau sudah mampu menghafaz.

Anjuran Program Untuk Banduan

Sementara itu, Pengarah Penjara Negeri Terengganu, Ahmad Saidi Hamzah berkata, melalui pembelajaran di Rumah Mengaji, penghuni Penjara Marang dapat mendalami ilmu agama dan membaiki akhlak mereka sepanjang tempoh menjalani hukuman.

Beliau berkata, kini seramai 30 hingga 35 banduan ditempatkan di Rumah Mengaji dan perlu mengikuti kelas al-Quran dari 8 pagi hingga 5 petang.

Di penjara itu banduan akan diberi pendedahan dan pengisian agama oleh ustaz daripada Jabatan Agama Islam. Bagi banduan beragama lain akan diajar oleh guru agama masing-masing.

Di sini, Celik Al-Quran ada menganjurkan kelas belajar mengaji bagi orang dewasa yang buta huruf, mengaji merangkak-rangkak. Jom daftar sekarang klik disini.

Apakah Keistimewaan Al-Quran?

Al-Quran adalah kalam Allah. Sudah tentu banyak keistimewaannya. Terdapat ayat yang menunjukkan keistimewaan Al-Quran. Firman Allah SWT: الر كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian