Suara Dia Bergetar Apabila Disemak Bacaan

“Adik ofis dekat kawasan ni ke?,” tiba-tiba seorang kakak usianya kira2 hujung 40 an menegur aku seusai solat zohor tadi.

“Ha’ah kak… Kenapa yer?,” jawabku sambil bingkas bangun setelah siap memakai kasut.

“Ermmm…. Akak nak minta tolong sikit sebenarnya, tapi akak seganlah.”…”Akak selalu nampak adik lalu-lalu kat sini. Sebab tu akak tegur adik ni. Tak tahu dah nak cakap pada siapa. Ofis akak sebelah tu. Staf semua bukan Melayu,” jelas akak tu pada aku sambil matanya memandang lantai.

“Ehhh… Tolong? Tolong apa kak? Kalau boleh saya tolong, saya cuba,” jelas aku ringkas.

“Semak bacaan Al-Fatihah dengan tahiyyat akak boleh?,” jawabnya pendek.

“Allah…. Boleh sangat kak. Boleh… Kita diri sana sikit. Sini orang lalu lalang,” jawabku sambil menunjukkan arah.

 

belajar alquran dewasa

Akak itu mula membaca. Perlahan-lahan. Satu persatu.

Sayu suaranya. Suara ini rupanya yang waktu zohor, semua sibuk berkejaran ke kedai makan, tapi dia akan mengaji.

Dalam bacaan yang merangkak-rangkak. Namun usahanya boleh dipuji.

Aku perasan beberapa kesalahan pada bacaan tahiyyatnya. Tapi aku minta dia untuk teruskan.

Terus terang, aku sebak.

Sebabnya, suara akak ni semakin bergetar. Nadanya semakin hambar. Dia sedang menahan sedih yang sudah lama dipendam mungkin.

Dia juga sedang menahan pedih, segan pada aku.

“Ada beberapa kesalahan yang perlu akak betulkan. Akak bawa buku panduan solat, nanti saya tunjukkan. Kita boleh bincang di kedai makan atau lobi ofis saya,” jelasku sedikit senyum.

“Akak malu dik. Dah lama akak tunggu nak tanya sesiapa. Sampailah aritu ada orang tegur akak mengaji, sebab salah katanya. Seganlah akak dik, dah berumur mengaji pun tak pandai.

Biarlah akak terus terang, suami akak tak pernah ajar akak semua ni. Dia sibuk kerja. Sampaikan anak akak 4 orang langsung tak diajar agama.

Harapkan sekolah jer. Akak siang kerja. Petang balik ambil anak, malam masak siapkan anak-anak. Tengok kerja sekolah. Basuh baju.

Teringin nak belajar macam orang lain. Tapi masa tak ada dik.

Sabtu Ahad kena hantar anak tuisyen. Yang kecil tu tak ada orang jaga. Akak pun tak tahu macam mana kalau mati dik.

Berdosa akak.. berdosa.. berdosa… Selalu dengar orang cakap macam tu.

Bacaan solat salah. Dosa. Akak takut dik. Mati tu bila2…,” ujar akak tu panjang lebar.

tangisan-ibu

“Allah….,” itu sahaja aku mampu luah dalam hati.

“Akak, dosa, pahala,syurga, neraka… itu semua Allah punya kak.

Akak baca terjemahan surah mula-mula sekali, surah Al fatihah, semua cerita tentang kasih sayang Tuhan.

Tuhan itu sangat penyayang. Macam mana akak sayangkan anak akak tu, sanggup bergadai nyawa, Tuhan itu lebih lagi sayang pada akak.

Allah bukan melihat alasan, tetapi Allah ingin melihat kesungguhan. Pasal suami akak tu kita tolak tepi dulu.

Sekurang-kurangnya dia tak pernah larang akak solat kan?

So lepas ni, ada masa kita bincang lagi,” jelasku sedikit memujuk bagi mematikan tajuk.

 

***

Mahu belajar Alquran dari asas?
Klik sini untuk belajar Alquran dari asas khusus dewasa.

 

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian