Sukan dan Al-Quran (1)

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan.”

~ Hadis Riwayat Muslim

 

Islam adalah agama yang sempurna.

Ia meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Ini termasuklah bersukan.

Percaya atau tidak Al-Quran ada menyebut tentang soal bersukan dan kehidupan.

Dengan bersukan, seseorang akan sihat, cergas dan kuat tubuh badan, emosi dan rohani.

Diriwayatkan, ada enam jenis sukan yang dilakukan Rasullullah s.a.w. dan para sahabat baginda :

 

track_and_field

 

#Sukan 1 – Berlumba Lari

Para sahabat selalu mengadakan acara lumba lari dan baginda Rasullullah s.a.w. mengizinkannya.

Baginda sendiri pernah mengadakan pertandingan lumba lari dengan isterinya sebagaimana yang diceritakan Saidatina Siti Aisyah r.a.:

 

“Rasulullah bertanding dengan saya dan saya menang. Kemudian saya berhenti, sehingga ketika badan saya menjadi gemuk, Rasulullah bertanding lagi dengan saya dan ia menang, kemudian ia bersabda: Kemenangan ini untuk kemenangan itu; yakni seri.” 

~ Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud

 

Larian juga menjadikan nafas dan kaki mukmin itu kuat.

Jantung anda akan berdegup laju dan peredaran darah akan berjalan lancar setiap kali sukan ini diadakan.

Hari ini juga, terdapat banyak trade mill yang boleh dibeli dan digunapakai hanya dari rumah untuk menjadikan ia sukan rutin harian muslim berjaya.

 

Rasulullah SAW bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” ~Hadis riwayat Muslim

 

orang-silat-perlu-ilmu-ini

 

#Sukan 2 – Bergusti

Nabi Muhammad s.a.w. diriwayatkan pernah bergusti dengan jaguh gusti kafir Quraisy yang ulung.

Beliau bernama Rukanah Bin Abu Yazid bin Hashim, terkenal di Kota Mekah sebagai seorang yang kuat dan bertubuh sasa.

Rasullullah s.a.w. yang mengajak beliau untuk beradu tenaga ketika dakwah Islam sedang kuat dikembangkan.

Dalam riwayat Abu Bakr bin al-Syafi’e dengan sanad yang baik daripada Ibn Abbas r.a, bahawa Rukanah, yang mencabar Nabi s.a.w untuk bergusti dengannya.

Beliau mengenakan bayaran 100 ekor kambing kepada sesiapa yang kalah.

Lalu mereka pun bertarung dan baginda s.a.w. berjaya mengalahkan Rukanah.

Baginda menundukkannya sebanyak 3 kali dalam 3 pusingan berturut-turut!

 

Akhirnya Rukanah akur dengan kekalahannya lantas berkata :

“Wahai Muhammad! Tiada siapa pun pernah dapat membaringkan aku sehingga jatuh terlentang dalam pertarungan selain darimu! Sebelum ini engkaulah yang paling aku benci. Tapi sekarang aku naik saksi tiada Tuhan yang lebih benar yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w itu RasulNya.”

 

Nabi Muhammad s.a.w kemudian telah mengembalikan semula kambing-kambing yang diserahkan oleh Rukanah sebagai pertaruhan itu.

 

anjuran-berlatih-memanah-dan-menembak-dalam-islam

 

#Sukan 3 – Memanah

Memanah ini bukan sekadar sukan atau hobi biasa.

Ia sukan Sunnah penuh dengan pahala.

Ia merupakan salah satu sukan penuh berstrategi, fokus dan pantas. Ia juga merupakan salah satu cara mempersiapkan kekuatan pasukan perang, sebagaimana firman Allah:

 

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” ~ Surah Al-Anfaal ayat 60

 

Ketika menjelaskan ayat ini, Rasulullah bersabda:

“Ketahuilah bahwa yang dimaksud kekuatan itu adalah memanah, beliau mengucapkannya tiga kali.” ~ Hadis riwayat Muslim

 

Di dalam hadis lain juga dijelaskan:

“Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.”

~ Hadis riwayat Bazzar dan Thabrani

 

Namun, para sahabat telah diingatkan supaya tidak menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran memanah dalam latihan, seperti yang dilakukan oleh Arab Jahiliyah.

Ini bertujuan untuk mengelakkan unsur penyiksaan pada haiwan yang tidak berdosa.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian