Sukan dan Al-Quran (2)

Bersukan di dalam Islam adalah dituntut.

Walaupun ia tidak ditulis secara terus di dalam Al-Quran untuk umatnya, namun ia dizahirkan melalui Sunnah-sunnah kehidupan harian Rasulullah.

Selain 3 sukan yang telah dibincangkan di dalam penulisan sebelum ini, 3 sukan di bawah ini juga cukup penting dalam membentuk umat Islam dari dulu sehingga hari ini.

 

k1

 

#Sukan 4 – Bermain Pedang

Rasullullah s.a.w. pernah membenarkan orang-orang Habsyah bermain pedang di dalam Masjid Nabawi.

Baginda juga membenarkan Saidatina Aisyah untuk menyaksikannya.

Tatkala Umar bin Khattab mahu melarang perlakuan ini, baginda s.a.w. menegur sahabatnya itu.

 

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.:

“Ketika orang-orang Habasyah sedang bermain anggar di hadapan Nabi, tiba-tiba Umar masuk kemudian mengambil kerikil dan melemparkannya kepada mereka. kemudian Rasulullah berkata kepada Umar : Biarkanlah mereka itu, wahai Umar.”

~ Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

 

Rasullullah s.a.w. mengizinkan permainan ini di dalam masjidnya kerana ia bermotifkan latihan sukan, bukan sekadar permainan atau hiburan biasa.

 

k2

 

#Sukan 5 – Berkuda

Terdapat banyak hadis yang menunjukkan Rasullullah s.a.w. sangat suka malah menganjurkan sukan berkuda.

 

“Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.” ~ Hadis Riwayat Ahmad

 

“Demi Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan menghairankannya.” ~ Hadis Riwayat Ahmad

 

Taruhan yang dibenarkan ialah upah atau hadiah yang dikumpulkan dari orang yang menunggang dan lain-lain orang.

Jika ia dikumpulkan dari kalangan yang menunggang sahaja, maka taruhan itu menjadi haram.

Sukan berkuda ini memberikan kebaikan yang menyeluruh untuk kesihatan manusia.

Dari kepala hingga hujung kaki, baik fizikal mahupun mental mendapat manfaatnya.

Dengan menunggang kuda, seluruh anggota badan termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum agar menjadi lebih sihat.

Pakar chiropraktik juga tidak mampu menghasilkan ransangan yang penuh dan harmoni yang diperlukan oleh saraf-saraf tulang belakang seperti ini.

 

k

 

#Sukan 6 – Memburu haiwan

Memburu binatang boleh jadi sukan, hobi dan ada yang menjadikannya sebagai mata pencarian hidup.

Terdapat dua acara untuk memburu haiwan, dengan menggunakan bantuan anjing buruan atau memanah dari jauh.

 

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Jika engkau ingin melepas anjing (pemburu yang telah dilatih), maka ucapkanlah ‘bismillah’. Jika ia menangkap sesuatu untukmu, lalu engkau mendapati hasil buruan tersebut dalam keadaan hidup, maka sembelihlah. Jika engkau mendapati hasil buruan tersebut dibunuh oleh anjing buruan itu dan ia tidak memakannya, maka makanlah hasil buruan tersebut. Jika engkau mendapati anjingmu bersama anjing lain dan haiwan buruan tersebut sudah ia bunuh, maka janganlah memakannya kerana engkau tidaklah tahu siapa yang membunuh haiwan buruan tersebut. Jika engkau melepas panahmu, maka sebutlah bismillah. Jika ia hilang darimu sehari, lalu engkau tidak dapati padanya kecuali panahmu saja, maka makanlah haiwan buruan tersebut jika engkau mau. Jika engkau mendapatinya mati tenggelam di air, maka janganlah memakannya.”

~ Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

 

Sukan bukan sekadar untuk menguji kehebatan dan kekuatan fizikal.

Ia bertujuan untuk mengukuhkan jalinan ukhwah dan silaturrahim sesama manusia.

Melalui sukan perpaduan ummah dapat dibina. Melalui sukan juga Muslim mampu berdakwah. Ia menunjukkan Islam tidak lemah dan sentiasa bersedia untuk berhadapan musuh.

Tubuh yang kuat dan sihat memudahkan kita beribadah kepada Allah s.w.t. dan melaksanakan sunnah Rasullullah s.a.w.

InsyaAllah.

 

 

 

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian