Surah Al Mu’awwidzataini, surah yang mempunyai kedudukan tertinggi di dalam Al-Quran

 

Al-Mu’awwizatain’ mempunyai kedudukan yang tinggi dibandingkan antara surah-surah yang lain.

Usah terkejut, kerana ia bukanlah surah yang paling panjang di dalam Al-Quran.

Allah itu Maha Penyayang. Dia tahu kemampuan umat yang disayangi.

Surah Al-Mu’awwidzataini di dalam Al-Quran ada dua, iaitu, Surah An-Nas dan Surah Al-Falaq.

Hari ini, kita akan berkenalan dengan Surah yang pertama, Surah An-Nas.

Surah An-Nas merupakan surah ke-114 dan yang terakhir di dalam Al-Quran.

Nama An-Nas yang bererti manusia, disebut pada setiap akhir ayat surah ini.

Meskipun surah ini pendek, ianya membawa makna yang sangat mendalam berkaitan tauhid.

Dalam surah ini, Allah memperingatkan kita manusia, sebagai hambaNya perlulah menjadikan Allah Ya Waliyy Yang Maha Melindungi dan bermohon padaNya perlindungan dari kejahatan syaitan, jin dan manusia.

 

baca alquran ramadhan

 

# Ayat dan Terjemahannya  

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

 

Surah beserta enam ayat ini ditafsirkan kepada dua bahagian:

 

istiqamah baca alquran

 

Bahagian Pertama (ayat 1-3): Memperkenalkan Allah s.w.t.

Dalam tiga ayat pertama, tiga sifat Allah ~ Rabb, Malik dan Illah diperkenalkan.

Allah sebagai ‘Rabb’ bermaksud Maha Mengatur dan Menguasai Alam Semesta.

Dipamerkan kasih dan sayangNya kepada makhluk ciptaanNya rahmat dan rezeki tidak terhitung oleh mata kasar manusia.

Allah Ya Malik bermaksud Allahlah Raja, yang memiliki segala-galanya.

Kemaharajaan Allah adalah melindungi, memelihara, dan memenuhi seluruh keperluan hidup makhluk-Nya.

Atas kerana kesempurnaan yang dimiliki Allah, maka selayaknyalah Allah lah Zat yang berhak disembah, paling dicintai, ditaat lagi ditakuti.

Itulah pengertian AIlah sebenarnya. Sewajarnya, tidak ada pergantungan lain selain Allah s.w.t..

 

celikalqurandotcom-mengaji-alquran-online

 

Bahagian Kedua (ayat 4-6): Hakikat syaitan

Bahagian kedua surah ini pula menceritakan hakikat syaitan.

Musuh kita yang lemah pada azalinya, namun jauh lebih kuat apabila hati manusia tidak mengenal Tuhan Maha Esa.

Syaitan tidak mampu berbuat kerosakan sendirian.

Ia membisikkan kalimah dan hasutan pada hati manusia yang mudah leka lagi alpa.

Manusia yang terpengaruh akan melakukan kerosakan di dunia dengan tangan mereka masing-masing.

Syaitan juga makhluk penakut. Ia muncul dalam hati manusia yang goyang imannya dan bangga melakukan maksiat.

Manusia inilah tidak yakin akan agungNya kekuasaan Allah dan adanya hari pengadilan.

‘Al was-was’ bermakna bisikan, manakala ‘al khannas’ adalah yang betul-betul tersembunyi, samar dan ‘mundur.

Maka ketika seorang hamba berzikir kepada Allah s.w.t., syaitan bersifat ‘khannas’ iaitu ‘mundur’ dari perbuatan menyesatkan manusia.

Ini semua bermula sejak zaman Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa.

Allah s.w.t. dengan segala hikmah-Nya telah mencipta ‘pendamping’ (dari kalangan jin) bagi setiap manusia, bahkan Rasulullah s.a.w. juga ada pendampingnya.

 

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a kata Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tiada seorangpun di antara kamu kecuali diberikan seorang ‘qarin’ (pendamping) dari kalangan jin.” Para sahabat bertanya: “Termasuk Tuan juga ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya. Aku juga. Tetapi Allah telah melindungiku dari godaannya sehingga akhirnya dia masuk Islam (menyerah). Maka itu dia tidak pernah menyuruhku melainkan kepada kebaikan.”

~Hadis Riwayat Muslim

 

surat2

 

#Fadilat Surah An-Nas

Begitu banyak sabda Rasullullah s.a.w. akan pentingnya surah ini ~ Surah Mu’awwidzataini (Surah Perlindungan).

Ia sesuai dijadikan bacaan mengukuhkan iman, menguatkan lagi menenangkan jiwa dan menjauhi bahaya.

Selain itu, ia juga digunakan sebagai ruqyah (amalan perubatan Islam) dan merawat luka.

Barang siapa yang membaca surah ini sebanyak 3 kali pada waktu pagi dan petang, maka Allah akan mencukupinya dari segala sesuatu.

 

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Apakah engkau tiada melihat ayat-ayat yang diturunkan pada malam ini, yang belum pernah ada bandingannya? Ayat-ayat itu ialah “Qul A’uudzu Bi Rabbin Naasi”.

~ Hadis Riwayat Muslim

 

 

 

8 Tips Seronok Baca Alquran

Kita semua tahu membaca Alquran dapat pahala. Tetapi kadang-kadang kita rasa kurang seronok untuk membacanya. Kadang-kadang timbul rasa malas, tak bersemangat. Ishh.. Tapi sayanglah kan

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian

Sudah berusia tapi belum boleh membaca Al-Quran?

Dapatkan eBook percuma sekarang!