Susah Nak Ingat Huruf? Amalkan 5 Tip Ini Untuk Asah Memori Anda

“Kenapa susah sangat nak ingat huruf ni ustaz?

Saya dah baca dan hafal setiap hari tapi masih susah nak ingat huruf.”

Saya pasti tuan puan pernah alami situasi beginikan?

Jangan risau, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Jom saya kongsikan 5 tip menarik untuk membantu masalah seperti di atas.

#1 Gunakan Konsep Bergambar

Cuba tuan puan ganti cara belajar dengan menggunakan konsep bergambar ketika belajar mengenal huruf pula.

Ini kerana konsep ini boleh menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.

Gambar juga memiliki warna untuk menambahkan lagi karakteristik pada imej tersebut.

Bila mengajar kanak-kanak juga guru akan menggunakan konsep ini supaya mereka tidak bosan malah akan mengingatinya dengan cepat.

#2 Selesai Baca Cuba Terangkan Semula Kepada Rakan

Tip ini sangat berguna bagi mereka yang menghadapi masalah susah nak ingat sesuatu apabila mereka sudah belajar.

Kenapa agaknya guru kita boleh mengajar tanpa melihat buku pun?

Haa sebab guru kita setiap tahun akan ulang benda yang sama ketika mengajar.

Jadi apa yang ada dekat buku tu sudah melekat di kepala mereka.

Kalau kita ajar kepada orang lain maka repetition akan berlaku.

Hubungan antara sel otak baharu terbentuk akan lebih kuat dan maklumat baru lebih melekat di dalam kepala.

Maka tuan puan ajarlah semula kepada rakan-rakan.

Kalau malu dekat kawan-kawan terangkanlah kepada cucu-cucu, anak-anak ataupun berinteraksi dengan ustaz dan ustazah.

Comfirm tuan puan akan rasakan kelainannya!

#3 Makan Telur Ketika Sarapan

“Kenapa kena makan telur ustaz?”

Kerana telur mengandungi vitamin B.

Ianya sangat bagus untuk otak.

Vitamin B pula mengandungi Choline untuk bantu kuatkan memori ingatan kita.

Dan terdapat juga Tyrosine yang membantu memberi fokus lebih baik.

#4 Elakkan Makanan Dari Lemak Tepu

Ya saya tahu lemak dan kolesterol merupakan satu keperluan dalam diet harian seseorang untuk beberapa fungsi tubuh.

Sememangnya pengambilan lemak dan kolesterol daripada makanan harian tidak boleh dielakkan.

Walau bagaimanapun, kita perlu bijak mengawal pengambilan lemak dan kolesterol supaya tidak berlebihan.

Kerana lemak tepu ini boleh merosakkan sel otak kita.

#5 Wajib Ambil Sarapan

Ada diantara sikap rakyat Malaysia yang mengambil mudah tentang pengambilan sarapan pagi.

“Ala tak payah sarapan nanti boleh makan tengahari terus boleh turunkan berat badan juga.”

Salah sebenarnya ‘ilmu’ tersebut.

Sarapan wajib diambil kerana dapat membantu prestasi otak kita untuk sepanjang hari.

Yakin ke boleh ikut tip ni?

Belum cuba belum tahu tuan puan sekalian.

Cuba buat dan konsisten selalu.

Nanti nampaklah impak positif sedikit demi sedikit tu.

InsyaAllah semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita semua.

BACA JUGA: Rugi Tak Amalkan! Ini Doa Nabi Yunus Baca Ketika Dalam Kesulitan

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian