Syaitan Kencing Di Telinga Punca Tak Bangun Solat Subuh?

Ada seseorang pernah bertanya betul ke kalau kita tak bangun solat subuh sebab syaitan dah kencing dekat telinga kita?

Menunaikan solat termasuk di dalam salah satu daripada rukun Islam.

Selain itu, solat merupakan perkara yang pertama akan dihisab di akhirat kelak sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.

Di samping itu, solat diibaratkan seperti tiang bagi agama sepertimana yang diriwayatkan oleh Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلَامُ، وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ

Maksudnya: “Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah berjihad.” (Riwayat al-Tirmizi) (Imam al-Tirmizi menilai hadis ini sebagai hasan sahih)

Sememangnya terdapat hadis yang sahih bahawa orang yang tidur dan tidak bangun untuk menunaikan solat Subuh adalah disebabkan telah dikencing oleh syaitan.

Hadis tersebut diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud RA berkata:

Diceritakan kepada Rasulullah SAW terdapat seorang lelaki yang telah tidur sehingga berlalu waktu Subuh, lalu Rasulullah SAW bersabda:

ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنَيْهِ، أَوْ قَالَ: فِي أُذُنِهِ

Maksudnya: “Lelaki itu telah dikencing oleh syaitan di kedua telinganya.” Atau Baginda SAW bersabda: “Di telinganya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan kinayah bahawa syaitan telah menutup telinga orang yang tidur daripada solat.

Sehingga dia tidak mendengar seruan azan.

Dikatakan juga syaitan telah memenuhkan telinganya dengan perkara-perkara batil maka terhijab telinganya daripada mendengar seruan azan. 

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa menunaikan solat di awal waktu serta berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

SUMBER : Mufti Wilayah Persekutuan

 

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian