Tahukah Kalian 4 Kitab Allah Diturunkan Dalam Bahasa Apa?

Kitab suci Allah SWT ada 4 iaitu Kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Kita sebagai umat Islam wajib beriman dengan kesemua kitab Allah.

Dalam rukun iman yang ketiga juga diingatkan bahawa kita kena beriman dengan kitabullah.

Dan kesemua kitab Allah ini diturunkan pada bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan.

Maha Suci Allah. Mari kita kenal serba sedikit 4 kitab suci Allah ini.

1. Taurat

Allah SWT menurunkan kitab Taurat ini kepada Nabi Musa AS.

Taurat menggunakan bahasa Ibrani.

Isi kandungan kitab Taurat ini ialah mengenai hukum syarak dan keyakinan yang betul.

Ia juga menerangkan bahawa seorang nabi akhir zaman iaitu Muhammad Saw akan lahir dari keturunan Nabi Ismail AS.

Kitab Taurat yang asli tidak ditemui lagi pada masa sekarang kerana isinya telah ditokok tambah oleh orang-orang yahudi.

2. Zabur

Kitab Zabur pula diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Daud AS dalam bahasa Qibthi.

Kitab ini tidak mengandungi hukum perundangan.

Kandungannya hanya mengenai perkhabaran, cerita, zikir, doa dan hikmah-hikmah.

Oleh sebab itu, Nabi Daud AS tidak mempunyai syariat tersendiri, ia dan umatnya hanya mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi Musa AS.

3. Injil

Kitab injil telah diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Isa AS dalam bahasa Suryani.

Diantara kandungannya yang utama ialah menyeru umat manusia agar mengEsakan Allah SWT.

Kitab Injil juga memberitakan akan kelahiran seorang Nabi dan rasul di akhir zaman iaitu Nabi Muhammad SAW.

Orang-orang Yahudi telah mengingkari akan kebesaran Allah SWT.

Mereka telah menghimpunkan kitab-kitab ini menjadi satu yang diberi nama “bible.”

Kemudian mereka ubah isi kandungannya mengikut kehendak hati mereka agar berkesesuaian dengan kehidupan mereka seharian.

Bible ini terbahagi kepada dua bahagian besar.

Pertama bahagian Taurat yang dinamakan dengan perjanjian Lama (Old Testament)

Kedua bahagian Injil yang dinamakan dengan perjanjian baru (New Testament)

4. Al-Quran

Kitab suci Al-Quran adalah sebuah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab.

Di dalam Al-Quran mengandungi hukum-hukum serta peraturan yang lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan manusia.

Samada untuk kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.

Ajaran yang disampaikan di dalam A-Quran sesuai untuk seluruh umat manusia dipermukaan bumi ini tidak kira bangsa dan keturunannya.

Ajaran yang termuat di dalam Al-Quran lengkap dan sempurna, ia tidak akan berubah dan kekal selama-lamanya

Bahkan ia tetap terpelihara oleh Allah.

Al-Quran merupakan mukzijat Nabi Muhammad SAW yang terbesar dan berkekalan sehingga hari kiamat.

Memerlukan kelas mengaji secara personal secara online? Info lanjut disini.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Makhraj Huruf

Video: 5 Bahagian Makhraj Huruf

Bagi setiap huruf dalam Alquran, ada cara mahu menyebutnya. Jika sebutan kita betul, tepat lah bunyinya. Jika sebutan salah? Perkara sebaliknya berlaku. Setiap huruf dalam Alquran

Read More »

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian