Tidak Boleh Belajar Al-Quran Melalui Youtube? Ini Jawapannya

Zaman teknologi sekarang sangat mudah nak belajar membaca Al-Quran. Ada yang guna youtube, Facebook malah Instagram pun ada.

Tapi, apakah hukum jika seseorang yang belajar membaca Al-Quran hanya melalui Youtube tanpa ada bimbingan seorang guru kalau menurut Islam ya?

Untuk jawapan kepada hukum ini ialah, menurut Islam belajar membaca Al-Quran mesti secara Bertalaqqi dan musyafahah secara langsung dengan guru.

Maksud Talaqqi ialah pelajar bersemuka atau berhadapan dengan guru.

Musyafahah pula bermakna dari mulut ke mulut iaitu guru boleh melihat pergerakkan bibir dan boleh menegur sekiranya ada kesalahan.

Kenapa belajar membaca Al-Quran tak boleh dengan cara melalui buku atau Youtube

Kerana jika kita tersalah menyebut huruf, tajwid dan sebagainya tidak akan ada yang membantu untuk membetulkan kesalahan tersebut.

Berbeza jika kita belajar secara berdepan dengan seorang guru.

Jika ada kesalahan, maka guru akan bertanggungjawab membetulkan kesalahan kita.

Kesimpulannya, sekarang sudah banyak kelas mengaji yang dibuka untuk membantu mereka yang ingin belajar membaca Al-Quran. Wallahualam.

SUSAH HATI BELUM BOLEH MENGAJI QURAN LAGI?

USAH RISAU
IZINKAN KAMI BANTU.. Klik Disini

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian