8 Tip Seronok Membaca Al-Quran

Kita semua tahu membaca Al-Quran dapat pahala.

Tetapi kadang-kadang kita rasa kurang seronok untuk membacanya.

Kadang-kadang timbul rasa malas dan tak bersemangat.

belajar mengaji alquran

Ishh.. Tapi sayanglah kan jika kita tak ambil peluang untuk mengaji Al-Quran.

Jika ada tip yang boleh membantu untuk kita rasa seronok membaca Al-Quran tentu bagus kan?

Disini kami kongsikan 8 Tip mudah supaya kita rasa seronok membaca Al-Quran.

#1 Sediakan ruang yang selesa

Ruang yang selesa membantu mewujudkan suasana yang kondusif dan tenang ketika membaca Al-Quran.

Caranya mudah sahaja, sediakan satu tempat khas untuk kita mengaji Al-Quran.

Boleh sediakan satu ruang di rumah kita sebagai tempat untuk mengaji. Sediakan meja, kerusi, dan Al-Quran di dalam bilik tersebut.

Cadangan lain, gunakan sahaja kawasan masjid atau surau berhampiran dengan rumah kita sebagai ruang untuk mengaji Al-Quran.

Yang penting kita selesa dan seronok mengaji Al-Quran!

delokalqurandotcom-tips-seronok-alquran

#2 Membaca bersama rakan

Cari rakan yang sekepala. Rakan yang mahu memperbaiki bacaan bersama-sama kita.

Disamping boleh memberi semangat, rakan boleh membetulkan kesilapan bacaan.

Selain itu, rakan yang baik juga dapat saling mengingati kita supaya sentiasa berterusan membaca Al-Quran.

Sebagaimana hadis Nabi;

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”

(Hadis riwayat al-Hakim)

belajar alquran ramadhan

#3 Baca sambil melihat makna

Untuk menambah keseronokan dalam bacaan, boleh gunakan Al-Quran terjemahan.

Dengan melihat terjemahan membantu kita menghayati maksud ayat-ayat Al-Quran.

Secara tidak langsung, kita dapat merasakan umpama Tuhan sedang bercakap secara terus kepada kita.

Pelajaran dan pengajaran yang dibaca, boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

celikalqurancom-slide1-alquran-macbook2

#4 Cari tempat belajar Al-Quran

Ada orang yang lebih selesa membaca secara meramai-ramai.

Apabila membaca secara bersendirian, dia jadi kurang bersemangat. Jadi lesu dan tak konsisten.

Cari lah tempat belajar yang berhampiran dengan kawasan rumah. Ataupun jika mahu belajar dari awal boleh belajar bersama kami di program Celik Huruf anjuran Celik Al-Quran.

Belajar akan membolehkan kita membaca Al-Quran dengan lancar dan yakin tanpa tersekat-sekat.

belajar-alquran-untuk-dewasa-mudah

#5 Buat jadual baca Al-Quran

Masa tidak akan ada jika kita tidak menyusunnya.

Cari masa dan luangkan masa untuk membaca Al-Quran.

Caranya bagaimana? Buat jadual membaca Al-Quran.

Sehari mungkin kita mampu luangkan masa 30 minit untuk mengaji Al-Quran.

Pecahkan 30 minit ke beberapa masa, mungkin 15 minit selepas bangun tidur dan 15 minit sebelum tidur.

Jadual membantu kita mencapai target khatam Al-Quran dalam jangka masa tertentu

#6 Simpan gadget agar tidak mengganggu fokus

Sekarang ni, banyak masa kita dihabiskan dengan gadget.

Semasa membaca Al-Quran, simpan gadget kita di tempat yang selamat.

Usah buatkan fokus kita terganggu sewaktu membaca Al-Quran.

membaca-al-quran-di-gadget

#7 Beri ganjaran apabila berjaya menamatkan bacaan

Berikan hadiah kepada diri sendiri apabila berjaya menamatkan bacaan Al-Quran seperti yang dijadualkan.

Sekiranya membaca secara beramai-ramai bersama rakan, boleh saling memberi ganjaran atau hadiah kepada rakan yang dapat mencapai sasaran bacaan.

Usah pening kepala untuk memberi ganjaran dengan hadiah yang mahal-mahal.

Sediakan ganjaran yang mampu milik pun sudah banyak memberi makna.

Boleh juga belanja diri sendiri dengan makan atau minum di kedai makan kegemaran.

Ganjaran merangsang motivasi untuk kita terus baca Al-Quran

kelas alquran dewasa

#8 Mengikhlaskan niat dan berdoa ketika membacanya

Niat yang ikhlas akan membantu memberi kekuatan dan istiqamah dalam membaca Al-Quran.

Berdoa juga supaya dikurniakan rasa seronok sewaktu baca Al-Quran.

Al-Quran adalah kalam Allah. Sesungguhnya Dia lah yang memegang hati-hati manusia, kita berdoa semoga Dia kurniakan rasa seronok dan istiqamah sentiasa sewaktu membaca Al-Quran.

Baca juga: Cara Untuk Istiqamah Baca Al-Quran Setiap Hari

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian