Ketahui Trik Untuk Mudah Lancar Mengaji Quran!

Baca Berapa Juzuk Sehari?

Kita umat Islam sepatutnya boleh membaca 1 juzuk Alquran setiap hari.

Kalau mampu 3 juzuk setiap hari lagi bagus. Tahniah dan Alhamdulillah.

 

Namun, kalau masih belum mampu membaca Alquran dengan lancar ataupun masih merangkak-rangkak ada 1 trik yang anda boleh gunakan.

Trik ini kami sendiri pernah gunakan dan terbukti sangat berkesan.

 

Trik Untuk Membaca Alquran

Trik tersebut adalah;

  1. Memasang audio bacaan Surah Alquran yang ingin dibaca
  2. Mata melihat Surah yang ingin dibaca, telinga pula mendengar bacaan

Namun, bagi yang masih belum lancar sudah tentu agak sukar untuk mengikuti cara bacaan kebanyakan Audio Qari dan pembaca Alquran di pasaran.

Oleh itu, kami cadangkan dengarkan bacaan Imam Mahmud Khalil Alhusary.

Bacaannya jelas, terang dan sebutannya disebut satu persatu.

 

Boleh lihat contoh bacaan Imam ini dibawah.

Bacaan Ayat Kursi yang dibaca oleh beliau sangat jelas dan mudah di ikuti.

 

Apabila kita memasang bacaan surah tersebut dan mendengarnya dengan telinga, sambil mata kita lihat ayat yang sedang dibaca

InsyaAllah hati kita follow baca sama.

Buat Berulang Kali

Mulut tak perlu bunyi pun takpe, terkumat kamit adalah pilihan. 

Ulang 10 kali macam ni, confirm start lancar membaca surah tersebut.

Lepastu, boleh la minta orang yang pandai untuk semak bacaan kita.

Betulkan yang mana boleh diperbaiki.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian

Sudah berusia tapi belum boleh membaca Al-Quran?

Dapatkan eBook percuma sekarang!