Walaupun Sudah lanjut Usia, Tuan J tak Rasa Malu Untuk Belajar Mengaji

Belajar mengaji pada lanjut usia ini adakalanya menerbitkan perasaan malu bagi segelintir orang.

Namun, tidak sepatutnya timbul perasaan malu ketika ingin melakukan kebaikan lebih-lebih lagi mahu menuntut ilmu agama.

Menuntut ilmu merupakan fardu ain bagi semua orang yang bergelar seorang muslim.

Perasaan malu itu terjadi apabila mereka menghadapi masalah buta huruf, merangkak-rangkak dalam pembacaan malah tidak mahir dalam soal hukum tajwid.

Dikala nyawa masih dikandung badan, adalah baiknya kita mencari masa untuk mempelajari Al-Quran.

Perasaan malu itu hakikatnya hanya memakan diri kita sendiri kerana itu hanyalah pandangan kita semata-mata.

Tetapi, ketahuilah Allah SWT telah menjanjikan ganjaran buat hamba-hambaNya yang berusaha mempelajarinya walaupun tidak lancar membaca Al-Quran.

Mari ikuti kisah pengalaman Tuan J (bukan nama sebenar) yang berjaya atasi perasaan malu untuk belajar mengaji.

Membaca Al-Quran Merangkak-rangkak

Dalam keratan akhbar Sinar Harian, 

Tuan J seorang yang berusia 60 tahun ada berkongsikan pengalaman belajar mengaji walaupun umur sudah meningkat.

Menurut beliau, biarpun adakalanya terbit sekelumit perasaan malu dalam dirinya apabila belajar mengaji pada usia tua, namun beliau membuang rasa malu itu jauh-jauh.

Menurutnya lagi, jika terlalu diikutkan rasa malu itu, sampai mati pun kita tak belajar.

“Jadi, cara yang mudah, carilah mana-mana tempat yang boleh mengajar kita mengaji.”

“Kalau kena dengan caranya dan atas izin Allah SWT, insyaAllah kitab oleh membaca Al-Quran dengan baik,” jelas beliau.

Menurut Tuan J lagi, beliau memang tidak pandai membaca Al-Quran.

Mengeja pun merangkak-rangkak.

Itulah yang menyebabkan beliau hendak mengaji.

“Masa kecil dulu, saya pernah belajar Al-Quran, tetapi itu dengan cara yang lama dan susah hendak ingat.

Saya juga sukar hendak mengeja, Cuma mampu menghafalnya sahaja,” jelas Tuan J.

Beliau telah menemukan kelas mengaji (kelas mengaji menggunakan kaedah kotak) dalam akhbar, dan terus menghubungi untuk mengikutinya.

Beliau kini telah berazam untuk khatam Al-Quran memandangkan beliau belum pernah khatam sebelum ini.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian