Ustaz Kazim Syor Cari Penawar Dalam Al-Quran Untuk Tangani Covid-19

Pendakwah terkemuka iaitu Ustaz Kazim berkata keadaan Covid-19 masih belum reda maka Umat Islam tidak boleh duduk diam sahaja.

Umat Islam juga tidak boleh terus bergantung kepada usaha yang sedia ada.

Menurut Ustaz Kazim, wabak yang melanda ini bukan sahaja sudah merubah kehidupan ke norma baharu malah menuntut pengubahsuaian dalam agama juga.

Ianya juga bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.

“Golongan agamawan berautoriti seperti mufti dan sebagainya perlu berbincang semula tentang perkara ini.

Kaji balik bersama pakar-pakar Islam yang lain dalam pelbagai bidang untuk mencari jalan penyelesaian.

Kita tidak boleh selama-lamanya begini dan hanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) mereka.

Saya sarankan agar kita kembali kepada al-Quran dan hadis nabi dalam mencari penyelesaian terbaik,” katanya.

Masyarakat kini mengganggap kehadiran Covid-19 membawa kepada satu bentuk pengubahsuaian dalam bentuk agama.

Sebagai contoh penjarakkan dalam solat sedangkan Islam mementingkan saf dirapatkan.

Selain itu, Ustaz Kazim turut mencadangkan kaedah perubatan Islam digunakan sama seperti zaman Nabi Muhammad SAW untuk membendung virus ini.

“Kita gunakan ubatan sunnah sebab hari ini sampai sekarang mereka katakan tidak ada ubat atau vaksin sedangkan nabi kata madu dan habbatus sauda adalah penyembuh.

Jadi kenapa tidak menggunakan perawatan Nabi Muhammad SAW tersebut untuk menyembuhkan?

“Kenapa kita sendiri tidak yakin dengan ajaran nabi, ajaran Al-Quran sedangkan kitalah sepatutnya menjadi duta kepada nabi kita, duta Al-Quran kita,” katanya.

Pakar-pakar dalam kalangan umat Islam perlu ke hadapan menggunakan kaedah dan saranan Al-Quran dan hadis dalam mengawal virus ini.

Sementara itu, Mohd Kazim turut mencadangkan agar bacaan zikir tertentu dan ayat-ayat Al-Quran yang boleh menjadi penyembuh.

Serta dapat menjadi penenang diperdengarkan kepada seluruh masyarakat.

SUMBER : Sinar Harian





Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian