Bagaimana ingin wakaf (berhenti) ketika membaca Alquran?

Salah satu daripada tanda kesempurnaan kita membaca Alquran adalah membacanya dengan sebenar-benar bacaan.

orang-baca-quran

Dan, antara cara membaca Alquran dengan sempurna pula adalah apabila kita mewakafkan bacaan pada tempat yang betul.

 

Apa itu wakaf?

Wakaf daripada segi bahasa bermakna berhenti.

 

Daripada segi istilahnya;

Memberhentikan bacaan seketika ataupun terputus suara (nafas) di hujung atau di akhir ayat.

 

Dalam Alquran Rasm Uthmani, ada beberapa jenis tanda wakaf yang ditulis. Tanda-tanda ini biasanya terletak pada pertengahan ayat.

****

Fungsi wakaf

Fungsi wakaf adalah bagi membantu kita berhenti dan mengambil semula nafas. Berhenti (wakaf) pada tempat yang betul dapat memelihara makna Alquran.

 

Apa kesan jika kita wakaf di tempat yang salah?

Apabila kita wakaf di tempat yang salah, takut-takut kita akan merosakkan kesempurnaan makna ayat. Dengan makna lain, kita boleh jadi berdosa!

 

****

Secara asasnya, tanda wakaf ini dibuat bagi memelihara makna Alquran.
Apabila kita membaca Alquran, kita tahu ingin berhenti wakaf di tempat yang sepatutnya.
Lainlah jika kita ni memang mahir dan tiada masalah untuk menguasai Bahasa Arab!

 

Pelbagai tanda Wakaf Alquran

Disini kita lihat beberapa tanda yang biasa dijumpai dalam Alquran Rasm Uthmani. Ada 6 tanda wakaf yang biasa kita dapat lihat dalam Alquran Rasm Uthmani.

 

Tanda-Tanda Wakaf Dalam Alquran

tanda waqaf

 

Walaupun telah diletakkan tanda-tanda pada Alquran, namun masih ramai lagi yang gagal untuk berhenti dengan betul.

Apabila berhenti secara semberono, sudah tentu akan mengubah makna Alquran.

 

Kesannya akan mendatangkan dosa. Daripada membaca dapat pahala, jadi berdosa pula!

 

****

Ada cara lain untuk wakaf dengan betul?

Ya, ada! Caranya adalah dengan menggunakan Alquran Wakaf Ibtida’

Ada 2 jenis Alquran Wakaf Ibtida yang saya rekemen untuk digunakan.

  1. Alquran Wakaf Ibtida terbitan Telaga Biru
  2. Alquran Wakaf Ibtida terbitan Karya Bestari
 
Saya sendiri gunakan Alquran Wakaf Ibtida terbitan Karya Bestari.

Kulit Hadapan Alquran Wakaf Ibtida

Bahagian dalam wakaf ibtida
Bahagian dalam Alquran Wakaf Ibtida Karya Bestari
Jika kta lihat di bahagian dalam Alquran ini, kita akan lihat ada tanda berwarna merah dan hijau.
Tanda merah bermakna berhentikan bacaan.
Tanda hijau bermakna memulakan bacaan.

Dah macam tanda di trafic light kan? 🙂 Sememangnya mudah menggunakan Alquran ini.

Bagi kita yang selalu terkeliru dimana tempat yang sepatutnya untuk berhenti, saya benar-benar bermohon carilah Alquran ini.

Harganya pun berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki.

Tak tahu mahu cari di mana?
Boleh whatapps kami di 017.4747.346

Kami sedia bantu tuan puan carikan Alquran ini.

Kami sedia mudahkan tuan puan untuk membaca dan mewakafkan bacaan Alquran di tempat yang betul.

 

Baca Juga: 3 KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN KETIKA MEMBACA SURAH ANNAS

 

 

 

 

 

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian

Sudah berusia tapi belum boleh membaca Al-Quran?

Dapatkan eBook percuma sekarang!