Walaupun PKP Dirumah, Masih Ada Platfom Terbaik Untuk Belajar Mengaji

Pasti ada yang risau bila PKP menjelma kembali. Malah semua aktiviti harian kita akan terjejas. Bagaimana nak belajar mengaji kalau PKP?

Bertenang tuan puan sekalian.

Zaman teknologi sekarang sudah banyak kemudahan yang boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Pasti tuan puan risau kalau tak dapat pergi ke class mengaji lagi lepas ni.

Disini terdapat beberapa platfom yang saya akan kongsikan untuk mudah belajar mengaji walaupun semasa PKP.

Fb Live

Untuk pengetahuan tuan puan di Facebook sudah banyak pages yang menawarkan untuk mengajar mengaji.

Hanya kita saja yang rajin atau tidak untuk mencarinya.

Mereka juga akan membuat sesi pembelajaran secara Live di Facebook untuk membantu sesiapa yang ingin menuntut ilmu.

Kita hanya pegang handphone dan buka Facebook kemudian kita tinggal tengok saja Live yang disiarkan.

YouTube

Youtube adalah salah satu platfom yang ramai digunakan tak kira yang tua atau yang muda.

Hanya perlu taip di ‘ruangan carian’ saja. Nanti keluarlah apa yang kita nak tengok.

Mudah sangat nak belajar mengaji walaupun terperangkap dekat rumah.

Tapi kena ingat ya, ini hanyalah platfom sahaja.

Tidak digalakkan untuk mereka yang memang betul-betul tidak pandai membaca atau buta huruf untuk belajar sendiri tanpa ada pengawalan.

Ini sebabnya

Buku panduan

Buku panduan sangat bagus untuk mereka yang baru mula nak belajar mengaji.

Tak susah nak cari buku panduan yang bagus.

Dekat mana tuan puan boleh dapatkan buku panduan mengaji? Klik disini

Kelas mengaji personal

Kelas mengaji sudah banyak dibangunkan malah diseluruh negeri pun ada.

Tapi mahu tak tuan puan masuk ke kelas yang belajar dari awal? Kita kenal huruf sama sama, belajar secara personal, tak bercampur dengan orang lain pun.

Kelas pula boleh ikut masa tuan puan sendiri.

“Hmm, tapi malulah saya kalau yang ajar saya tu ustaz”.

Tuan puan jangan risau, di pusat bimbingan individu ni pelajar lelaki akan belajar bersama guru lelaki.

Kalau pelajar wanita akan belajar bersama guru wanita.

Jadi tak perlulah malu lagi kalau kita salah baca pun kan.

Nak belajar bersama kami? Klik disini cepat.

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian